Jumat, 15 Februari 2013

SEJARAH: Arak Percuma Untuk Malaysia

Kali ini entri panas sikit. Apa2 pun terlebih dahulu admin nak minta maaf kalau entri ini menyinggung perasaan sesetengah pihak. Admin hanya manusia biasa dan baik itu dari Allah. Ok, mungkin sudah ada yang tahu, tapi warga Malaysia yang masih belum, patut tahu pasal ini – terdapat tiga orang Melayu yang menjadi ahli lembaga kilang ARAK terbesar di Malaysia iaitu Carlsberg Brewery. Mereka ialah:
  1. Y.A.M. Tunku Naquiyuddin ibni Tuanku Ja’afar (Kerabat diraja Negeri Sembilan)
  2. Tan Sri Dato’s Mohd Ghazali bin Dato’s Mohd Seth (Bekas Jeneral Angkatan Tentera Malaysia)
  3. Tan Sri Datuk Asmat bin Kamaludin (Pengarah Scomi Berhad)
Lepas ini Arak 1 Malaysia??

Ini satu lagi berita yang sungguh mengejutkan di negara Islam hadhari seperti Malaysia ini. Sama ada ia disedari atau pun tidak, sengaja atau pun tidak atau memang sudah tidak dapat dielakkan ternyata berita ini amat memalukan dan tidak wajar berlaku di negara kita yang kononnya sebuah negara Islam. Ok, itu kisah 3 orang Melayu di Carlsberg, belum kisah 2 orang Melayu lagi di Guiness Anchor. Jadi kenapa mereka melibatkan diri dalam kilang arak dan pokok asanya kenapa Malaysia tidak mengharamkan pembukaan kilang-kilang tersebut??

Too genius sampaikan macam ini sekali.

Jawapannya ialah sebab keuntungan. Di negara-negara Eropah yang tidak mempunyai perlembagaan berkisarkan Islam, arak tidak diizinkan dijual untuk tujuan mencari keuntungan. Arak hanya dibenarkan dijual hanya untuk memenuhi keperluan dalam negara semata-mata. Manakala Malaysia menyokong penjualan arak untuk tujuan keuntungan sehingga saham-saham Calrsberg dan Guiness-Anchor adalah antara saham kualiti tinggi (“blue-chip”) di KLSE.
.
Antara pusat Casino terbesar di Rantau Asia Tenggara

KESIMPULAN: Adakah Malaysia memang Negara Islam sebenar apabila membenarkan pembukaan kilang arak dan casino berleluasa? Adakah Malaysia moden ini mementingkan keuntungan semata2 hingga mengabaikan tata susila anak-anak mudi hingga mereka terjebak ke kancah kemaksiaatan?? Tidak takutkah kita akan bala bencana daripada Allah swt yang sangat dasyat? Minta2 lah kita dijauhkan dari segala ini. Bangkitlah Islam, tegakkah Islam yang sebenar. Perlukan kita bergantung kepada keuntungan “najis syaitan” untuk memajukan Negara? Astarfirullah. Bertaubatlah..

TETAPI: Walau Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat yang mengambil alih Selangor, kilang arak masih belum ditutup. Apa diorang pun mahu keuntungan? Wallahualam.

Bangkitlah Islam untuk semua! Allahuakbar!


Tidak ada komentar:

Posting Komentar