Rabu, 27 Februari 2013

FC BARCELONA: Bakal Lawan Malaysia Ogos 2013?

Berita baru ini masih belum disiarkan secara umum - Di label antara kelab bolasepak terkaya di dunia dengan memiliki begitu ramai pemain-pemain berbakat, dan juga GERGASI dalam arena permainan, FC BARCELONA bakal hadir di Malaysia pada Ogos 2013 ini! Barcelona vs Malaysia huh?


Di barisi bintang bolasepak, siapa tidak kenal FC Barcelona? Lebih-lebih lagi kejayaan mendahului liga Sepanyol dengan 12 mata, tidak tercabar kelab ini. Pemain utama seperti Lionel Messi, Xavi, Fabregas, Victor Valdes dan Sergio Ramos berkemungkinan bakal menemui peminat tidak lama lagi.


Jadi apakah ramalan KEJUTAN gol selepas ini? Barcelona (0) vs Malaysia (7)?? Atau sebaliknya. Sendiri mahu ingat. Walau apa-apa pun semoga kehadiran kelab gergasi ini meniupkan semangat kesukanan terutamanya bolasepak dikalangan rakyat Malaysia. Malaysia bo..er..boleh!!

TETAPI! Adakah berita Barcelona vs Malaysia suatu yang akan jadi kenyataan? Pihak FAM sendiri telah mengumumkan mereka tidak tahu menahu pasal perkara ini. Jadi anda rasa betul ke berita yang anda baca sebentar tadi? Maaf saya hanya menyampaikan kontroversi. Itu sahaja. Sekian.

Credit: Berita Harian, The Star

Tidak ada komentar:

Posting Komentar