Senin, 25 Februari 2013

METEOR: Bakal Meletupkan Malaysia?

Laporan ekslusif ini diterjemahkan dan disusun dengan rapi untuk anda. Rugi tak baca. Sebab apa yang akan anda ketahui bakal menGEGARkan akal fikiran anda! Ok, sebagai permulaan, apakah yang anda bayangkan jika sebuah meteor melanggar bumi? 

Meteor telah "tenggelam" kedalam lubang ini?

METEOR MENGHEMPAP RUSSIA

Sebuah meteor telah dilaporkan MELETUP di Negara Russia pada 15 February 2013 yang lepas dan mencederakan lebih 7000 penduduk! Meteor itu dilaporkan “berkeliaran” di langit pada waktu 9.25 pagi waktu tempatan di daerah Chelyabinsk, berdekatan Pergunungan Ural dan menghasilkan letupan TERBESAR dalam sejarah objek yang melanggar bumi!

Lokasi letupan meteor di Russia

Kekuatan letupan dianggarkan teramat kuat dan mengatasi kekuatan letupan Nuklear pihak Korea Utara yang dilancarkan baru-baru ini. Disebabkan letupan ini, cermin kereta dan kaca-kaca di rumah kediaman pecah termasuklah merosakkan bangunan.

Kaca-kaca pecah semuanya di rumah kediaman.

ASTRONOUT TIDAK DAPAT MENGESAN

Meski pun letupannya sangat hebat tetapi ramai ahli astronomi TIDAK dapat mengesan kehadiran meteor itu yang sedang dalam perjalanan ke bumi. Margaret Campbell-Brown, pakar astronomi dari Canada menganggarkan saiz meteor itu hanya 15 meter tetapi mempunyai keberatan hampir 7,000 tan metric (500 buah bas yang penuh)! Meteor ini dikatakan mungkin berasal dari asteroid belt, suatu kawasan yang terletak di antara Marikh dan Jupiter dan mengandungi beratus ribu objek berbatu.

Hancur semuanya akibat meteor sahaja!

Heiner Klinkrad, dari European Space Operation Centre berkata, teleskop hanya dapat mengesan objek sekecil 100 meter dan tidak dapat mengesan meteor bersaiz 15 meter ini. Malahan warnanya yang gelap menyukarkan penglihatan di angkasa kerana ruangan angkasa sudah gelap.

Kandungan 2 material yang menyebabkan mateor berat.

BUKAN PERTAMA KALI LETUPAN BERLAKU

Sebelum ini pelanggaran meteor telah dilaporkan terjadi di beberapa tempat di Eropah, Afrika, Ocenia dan Amerika Selatan dimana pada tahun 2007, sekumpulan penduduk di Peru telah dijangkitan dengan arsenic fumes yang dilepaskan oleh sumber air bawah tanah selepas kejadian pelanggaran meteor.

Dasyat! Inilah letupan meteor di Sungai Tunguska

Tetapi yang paling popular mungkin meteor yang meletup di Sungai Tunguska di Siberia pada tahun 1908. Impak meteor ini dianggarkan sedalam bangunan 12 tingkat, dan seluas 2000 KM persegi, menggegarkan permukaan bumi dan dikatakan cahaya impak seterang matahari kedua.

Tapi diharapkan yang keluar dari meteor bukan macam ini!!

METEOR LAGI BESAR DALAM PERJALANAN

European Space Agency tidak merasakan meteor yang jatuh di Russia ini mempunyai kaitan dengan asteroid yang lagi besar dikenali sebagai 2012 DA14 yang sedang dalam perjalanan ke bumi pada jarak lebih 20,000 KM.

Adakah fenomena bencana macam ini bakal berlaku di BUMI?

KESIMPULAN

Anda tidak berasa takutkah kalau tiba-tiba ada meteor menghempap Malaysia? Malahan meteor ini tidak dapat dikesan kerana kecil dan gelap. Tetapi kekuatan letupannya sangat kat kerana keberatannya. MasyAllah, mintak-mintak kita dijauhkan dari bala bencananya. Bawa2lah bertaubat.

Adakah kita akan melihat bumi hancur macam ini??


Tidak ada komentar:

Posting Komentar