Seperti yang sedia maklum, kerajaan Barisan Nasional akan meneruskan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) seperti yang telah dijanjikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Sebelum ini BR1M 1.0 telah dilaksanakan dan sekarang BR1M 2.0 sedang diagihkan kepada mereka yang layak. Tidak mustahil BR1M 3.0 dan BR1M 4.0 diteruskan ANDAI KATA Barisan Nasional menang pilihan raya kali yang akan datang ini! Malahan desas-desus mengatakan BR1M 3.0 mungkin dinaikkan kepada RM1000!
Jadi kepada sesiapa yang masih tertanya-tanya layakkah mereka dapat BR1M, sila semak adakah anda:
(A) Isi rumah yang layak (RM500):
i - Warganegara Malaysia;
ii - Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah
pendapatan kasar bulanan isi rumah RM3,000 dan ke bawah.
- Berkahwin
- Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah
- Bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah (dalam rumah yang sama).
iii - Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953 dan ke bawah)
dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3,000 dan ke bawah.
dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3,000 dan ke bawah.
(B) Individu yang layak (RM250):
i - Warganegara Malaysia
ii - Bujang (termasuk Balu / Janda / Duda) yang tiada tanggungan, berumur 21 tahun dan ke atas
(lahir tahun 1992 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.
(lahir tahun 1992 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.
* Tidak termasuk pelajar yang menerima Baucar Buku 1Malaysia.
* Hanya pemohon yang berjaya sahaja layak menuntut bayaran.
* Hanya pemohon yang berjaya sahaja layak menuntut bayaran.
KESIMPULAN: Sejak akhir ini bila dekat pilihan raya, mesti benda macam ini berlaku. Kempen itu ini, bantuan rakyatlah. Secara sinisnya memang nampak macam mengampu rakyat. Seolah-olah menggunakan duit untuk memikat hati. Tapi yang bagusnya, siapa nak bagi duit free? Dah orang bagi ambil jelah. Kita patut bersyukurlah, mungkin ada sesetengah negara lain tak "sebaik" kerajaan kita.
AKHIR KATA: Korupsi dalam politik memang tak dapat elak walau di mana sekali jua pun. Sesungguhnya Politic is DIRTY melainkan yang mengamalkan mengikut ajaran sunnah dan beriman kepada Agama Islam yang sebenarnya. Memang susah nak cari, walau negara Arab. Kita manusia, lemah apabila disogokkan dengan kekayaan dunia. Moga kita terpelihara dari Azab siksaan-NYA. Aminn.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar