Selasa, 12 Maret 2013

TIP KURUSKAN BADAN: 5 Jenis Buah Pembakar Lemak

Mahukah anda memiliki bentuk badan yang ideal? Tapi sebelum itu tahukah anda berat badan yang berlebihan akan memburukkan kesihatan kita? Cuba tengok di sekeliling kita. Biasanya yang gemuk pasti mudah diserang penyakit – lelah, sesak nafas, mudah letih, mengantuk, dan sebagainya. Belum termasuk penyakit kronik lagi. Tapi perlu juga diingati bukan si gemuk sahaja berpenyakit, si kurus juga tidak terlepas. Zaman moden ini macam-macam boleh berlaku. Seiring dengan teknologi yang canggih, penyakit ini pun menyerang dengan lebih canggih. 5 jenis buah-buahan yang bagus untuk diet ialah:

ANGGUR a.k.a. GRAPE
 

Kandungan antioksida di dalam buah ini mampu mencegah pembentukkan gula di dalam darah kepada lemak. Setiap warna anggur memiliki khasiat masing2. Anggur putih misalnya lebih baik untuk berdiet.

BERI a.k.a. BERRY
 

Buah dari kumpulan ini adalah antara jenis buah yang kaya dengan kandungan antioksida dan dapat meningkatkan kadar metabolisme tubuh. Antara buahnya ialah strawberry, cherry dan plum. 

EPAL a.k.a. APPLE


Kajian mendapati seseorang yang mengambil sebiji epal sebelum menikmati hidangan, mampu mengurangkan kadar kenaikan berat badan sebanyak 33% berbanding orang yang tak mengamalkannya.

LIMAU GEDANG a.k.a. GRAPE FRUIT
 

Oh ya, ini bukan buah delima ya, jangan tertukar. Menurut pakar kesihatan, buah limau besar ini mempunyai asid sitrik yang dapat menghancurkan kehadiran kalori dalam makanan.

TEMBIKAI a.k.a. WATERMELON


Buah ini terdiri daripada 92% air dan mampu memberikan signal kenyang kepada otak dalam tempoh singkat apabila reseptor kenyang di dalam perut teransang. Kalau tambah asam mesti sedap oh!

OREN a.k.a. ORANGE


Berbanding buah lain, oren dipercayai mempunyai kandungan serat paling tinggi. Serat yang ada dalam buah itu juga adalah dari jenis larut di dalam air dan amalan pemakanan oren mempu mengurangkan keinginan seseorang menikmati karbohidrat.

Sesungguhnya faktor pemakananlah yang mencorakkan kesihatan seseorang. Seperti yang sedia maklum, buah memang diet yang ideal. Kandungan seratnya yang tinggi ditambah lagi dengan vitamin dan air, memang cukup untuk mengekalkan bentuk badan dan menambahkan kesihatan. Tapi tak bermaksud anda harus makan buah sahaja dan tak makan langsung nasi+ayam+ikan. Selamat menyihatkan diri anda!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar