Tahukah anda bahawa terdapat bidang pekerjaan yang memastikan anda mendapat bonus gaji tahunan sekitar 7 hingga 10 bulan? Dalam kata lain kalau anda bergaji RM3,000 katakan, bonus dapat 10 bulan gaji, jadi dapatlah RM30,000! Tiga puluh ribu BANYAK beb! Sekali dapat boleh pergi melancong ke mana saja! Tak pun buat deposit beli rumah baru, tak pun modify kereta, tak pun kahwin satu lagi! Tapi apakah bidang pekerjaan ini ya?
.
.
Siapakah gadis ini? Hehe. Penyeri blog ini. |
Tak lain tak bukan bidang PERBANKAN. Menurut sumber yang di percayai (nama dirahsiakan), beliau merupakan pengurus bank dan bergaji sekitar RM15,000 sebulan. Katanya tahun lepas (2012) beliau mendapat bonus sebanyak 11 kali gaji. Kiralah.. jawapannya RM 165,000!! Ya ampun, kelabu asap sekejap! Boleh beli kereta CASH! Tapi realitinya memang macam itu. Itu baru manager level, kalau orang bawahan macam executive tu mungkin dapat 10 bulan sahaja kot. Ok dari 1 bulan gaji kan?
Jangan pandang rendah. Tesco - Bonus 5 bulan |
Memang betul dakwaan sesetengah orang mengatakan bukan banker je dapat bonus banyak, ada je company lain seperti Sime Darby (5-8 bulan), Petronas (4-7 bulan), Perodua (3-5 bulan) dan macam2 lagi. Tapi sesiapa yang jadi banker tetap dapat bonus banyak, mostly lah. Bank mana yang paling banyak bagi bonus pula, perlulah aku rahsiakan.. nanti takut timbul isu pula. HAHA.
HIGHER Bonus = HAPPIER Worker |
Jadi, berapakah bonus gaji anda tahun ini? Sama macam tahun lepas? Atau lagi kurang? Mungkin ada yang baru pertama kali dapat (fresh graduate). Tapi yang lagi teruk tak dapat langsung. Bagi yang kerja makan gaji ni biasalahkan mengharapkan bonus. Dapat 1 bulan pun jadilah dari tak dapat langsung. Cukup bersyukur dah. Boleh bayar ROAD TAX kereta kan?
Tidak ada komentar:
Posting Komentar