Tampilkan postingan dengan label Politic and Controversy. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Politic and Controversy. Tampilkan semua postingan

Selasa, 21 Januari 2014

PENTING BACA: Keamanan Malaysia Selepas 2014?

Assalamualaikum. Kali ini saya mahu luahkan isi hati yang terpendam sedikit mengenai negara "kesayangan" kita - MALAYSIA. Topiknya ialah mengenai sejauh manakan negara kita ini boleh mengekalkan ATAU memperbaiki situasi sekarang kepada negara yang lebih aman. Kepada yang sudi baca sampai habis dan tinggalkan sebarang komen, saya ucapkan terima kasih banyak-banyak.


Malaysia merupakan negara ke-43 TERAMAI penduduk dan ke-66 TERLUAS di dunia dengan tanah seluas hampir 330,000 KM persegi yang diduduki 28 juta orang. 50.09% rakyatnya ialah Melayu, 22.56% Cina, 6.73% India, 11.76% Kaum Asli dan baki 8.86% lain-lain. Dari segi AGAMA pula, 61.30% ialah Islam, 19.80% ialah Budha, 9.20% ialah Kristian, 6.30% Hindu dan lain-lain. Jika difikirkan, bertuahnya kita dapat hidup didalam sebuah negara walau berbilang bangsa dan agama. Perkara ini BENAR suatu ketika dahulu tetapi makin lama makin susah diterima. Kita saling bercakaran. Melayu salahkan Cina, Cina salahkan India, Kristian salahkan Islam, Islam salahkan Hindu dan pelbagai lagi seperti yang anda sendiri sedia maklum berlaku sekarang.

Persoalan yang terbenak difikiran saya ialah SALAH siapa SEMUA ini? Patut ke kita menunding jari kepada kerajaan sahaja? Patut ke kita salahkan penjajah kerana membawa masuk orang Cina dan India ke tanah Melayu? Walhal pedagang Cina dan India sudah datang lebih awal ke Melaka. Dan jika Kesultanan Melayu sangat hebat dari segi pentadbiran dan displin para pembesar, tak mungkin  mereka tewas kepada Portugis. Jadi KESIMPULANNYA orang Melayu ke yang salah? 

Saya yakin, jika anda ialah orang Melayu pasti anda tidak akan percaya. Pasti anda akan menuduh penjajah atau orang Cina dan India yang kononnya tidak tahu "bersyukur". Sudahlah moyang mereka bukan asal dari Tanah Melayu, mahu berlagak pula. Nah. Itualah sifat orang Melayu. Cenderung menyalahkan orang lain tetapi tidak pernah membaiki kesilapan diri sendiri. Tetapi anda HARUSLAH memahami bahawa orang Melayu sebenarnya antara bangsa yang ulung di dunia. Antara contoh yang paling mudah ialah, kita mencapai KEMERDEKAAN tanpa pertumpahan darah. Semestinya orang Cina dan India juga terlibat sama dalam misi mencapai kebebasan itu, tetapi orang Melayulah yang mengetuainya. Perlulah kita berbangga dan bersyukur disini.


Berbalik kepada persoalan awal, SALAH siapa Malaysia menjadi negara seperti sekarang? Jawapnya sudah tentulah kerajaan dan rakyatnya sendiri. Untuk kerajaan, saya yang tidak arif ini, merasakan pastilah susah mengarisi sistem PENDIDIKAN dengan menitik beratkan sentimen perkauman. Jika semuanya Melayu dan Islam, pastilah mudah sekali membentuk pelajaran yang sama rata. Tetapi rakyat Malaysia berbilang. Pasti sukar. Maka tahniah kepada kerajaan kerana telah bertungkus lumus sehingga sekarang. Cuma mungkin masih belum yang TERBAIK kerana jika betul-betul bagus, sudah tentu tiada masalah seperti pelajar tidak hormat kepada guru, atau guru bersikap melampau atau guru bergaduh dengan guru dan perlbagai lagi perilaku DISPLIN yang salah. Bagi rakyatnya pula, walau kaum apa pun anda, jika anda menghormati setiap orang disekeliling anda baik kaum anda sendiri atau kaum lain, pastilah aman Malaysia ini. Yang susah kita tolong, dan bila senang, kita kongsi bersama. Yang tua kita hormati, yang muda kita pupuk semangat persaudaraan. 

Akhir sekali ialah bab TEKNOLOGI. Mungkin benar kata Albert Einstein, suatu hari nanti, manusia akan menjadi tidak berguna kerana teknologi telah mengatasi mereka. Di zaman sekarang ini sudah kita lihat teknologi telah merapatkan kita dengan dunia luar umumnya negara barat. Dan disebabkan kita terlalu mengagungkan budaya mereka, kita sering mencontohi mereka. Kononnya jika kita masih dengan cara ketimuran, pastilah kita akan ketinggalan. Maka lahirlah pergaulan bebas yang akhirnya memusnahkan sosialism di dalam masyarakat. Seperti saya ungkapkan, mesej ini ditujukan kepada semua KAUM dan AGAMA di Malaysia. Jika benar kita sayang kepada anak kita yang bakal meneraju generasi yang akan datang, maka kita sendiri harus bertindak sekarang. 

Panjang.. tetapi itulah yang saya mahu beritahu selama ini. Saya hanya mahukan KEAMANAN di Malaysia. Di sinilah saya lahir, membesar, belajar dan bekerja. Saya mahu menjadikan sekeliling saya semuanya berada didalam keadaan teratur dan berdisplin. Masih dengan budaya menghormati, saling tolong menolong, setiakawan dan bertolak ansur. Adakah anda tak mahukan perkara serupa?

Senin, 30 Desember 2013

RAHSIA: Kemana Perginya Duit Gaji Anda?

Bayangkan, walau penat lelah anda bekerja, lebih separuh daripada duit anda sebenarnya adalah untuk golongan "ELIT" negara yakni yang menjawat jawatan menteri dan sebagainya. Perkara ini lebih dirasai oleh yang berpendapatan rendah, misalnya RM2000 sebulan. Oh ya, RM2000 tu ibarat cukup-cukup makan sahaja terutama yang tinggal di bandar. Kalau bujang tu mungkin lah cukup tapi kalau dah beristeri dan ada anak? SAKIT kan memikirkan KEMANA duit kita pergi. 

Tahun depan 2014, semuanya serba naik. Tak perlulah disenaraikan disini, anda tahulah sendiri. Tapi sangat hairan, kenapa jika ada media massa atau individu yang anti-kerajaan, mereka bakal dihukum, disaman, dipenjara pun ada! Jika mereka ini anti kepada benda yang buruk memanglah tak boleh, tapi jika betul kenapa harus ditangkap?? Dimanakah tidakan yang tulus!? OK lah, tak nak cakap banyak, bacalah petikan yang sangat BERNAS ini di SINI. Versi bahasa Inggeris, tapi harap anda yang membacanya faham lah maksudnya. Semoga tuhan melindungi orang yang benar dan memberikan cahaya kepada orang yang salah supaya mereka kembali kejalan yang diredhaiNya.

Rabu, 18 Desember 2013

BERITA BAIK: Harga Tol Di Selangor Kekal 2014

Tahun depan (2014), rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama bakal berdepan masalah kewangan yang semakin runcing (tetapi mungkin tidak bagi si kaya). Cuba kalian fikir sejenak, memang duit tidak boleh beli kasih sayang tapi tanpa duit boleh hidup ke? Pasal harga TOL di Selangor pula, silalah tonton video yang di petik dari YAHOO ini - LINK

Mungkin lepas ni kalau pergi kerja kat KL naik jet je kot..??

Kenapa ya selepas pilihan raya semua naik? Kenapa sebelum ini tak pernah naik? Malahan dijanjikan tak pernah turun adalah. Sebagai orang yang mahukan negara terus maju kedepan, perlukan kita selalu berhutang? Kalau negara kita berhutang salah rakyat ke? Siapa yang awal2 tak kawal? Sadis tengok yang KAYA makin KAYA. Orang yang tak berkemampuan ini tiada nilai pun. Dugaan di tanah sendiri. Semoga tuhan melimpahkan rezeki kepada orang yang di redhaiNYA.

Kamis, 28 November 2013

ANGOLA: Negara Pertama Mengharamkan Islam?

Rasa seperti tersalah bacakan? Tak percaya pun ada. Tapi ini memang telah berlaku di Angola, sebuah negara di Afrika. Yang sebenarnya, agenda kerajaan mereka ini telah bermula dengan lebih dasyat sejak 2 tahun yang lepas. Sehingga kini, dianggarkan terdapat 100 buah masjid di Angola dimana hampir 10 daripadanya telah DIROBOHKAN manakala selebihnya DITUTUP. Tetapi menurut berita oleh pihak Al-Jazeera, masih ada 2 buah masjid beroperasi seperti biasa. Maka lama kelamaan tiadalah kedengaran AZAN di negara Angola ini lagi.



Apakah PENYEBABNYA? Pertama, hujah pemimpin mereka, terdapat beberapa masjid telah dibina tanpa permit yang sah, dimana dokumen urusan pembinaanya diragui kesahihannya. Kedua, kerajaan telah menetapkan syarat, jika Islam mahu diiktiraf, mereka perlu sekurang-kurangnya 100,000 orang penganut berdaftar. Tetapi jumlah mereka sekarang hanya dalam lingkungan 80,000 - 90,000 orang sahaja. Sikit JE kurang! Ketiga, pimpinan kerajaan diketuai Presiden mereka, Jose Edurado Dos Santos agak tidak menyenangi ajaran Islam kerana terpengaruh dengan perkembangan dunia yang selalu melihat Islam itu agama PENGGANAS.


Tetapi meskipun media Islam antarabangsa dan khususnya rakyatnya sendiri membantah pengharaman ini, Dos Santos berkata bahawa Angola tidak pernah mewartakan undang-undang sedemikian. Mereka hanya memberi "tempoh" kepada Islam untuk membuktikan ajaran itu bukan ajaran sesat. Sebab itulah masjid-masjid ditutup dan pemakaian tudung bagi wanita juga dilarang. Dan untuk pengetahuan, Angola telah mencatatkan banyak rekod bahawa negara itu telah mengharamkan agama-agama lain selain Kristian.


Apa nak jadi ni? Wahai pembaca, marilah kita bersatu hati. Janganlah perkara seperti ini berlaku lagi. Tidak kira di negara Afrika lain, Eropah, Amerika mahupun tanah air tercinta. Haruslah kita beriman dengan ajaran yang murni ini dan percaya yang Islam akan bangkit kembali suatu hari nanti. Dimana ketika itu sudah pun akhir zaman. Masya-Allah!

Selasa, 26 November 2013

TUNJUK PERASAAN: Terbaru Di Malaysia?


Mereka telah “merampas” pejabat-pejabat penting kerajaan. Mungkin tidak memasuki bangunan tetapi mereka mengawal laluan keluar masuk ke pejabat itu. Dan pekerja-pekerja di jabatan itu semuanya dikerahkan pulang kerumah. Mujurlah tiada pertumpahan darah. Dan mereka yang terbabit ini sangat ramai, mungkin 10 kali ganda lebih ramai daripada perhimpunan BERSIH. Dimanakah dan apakah tujuan mereka? Jawapannya ialah rusuhan di Negara jiran kita – Thailand.


Mungkin anda telah tahu bahawa Perdana Menteri Thailand sekarang ialah seorang perempuan bernama Yingluck Shinawatra. Disebabkan ketidaksaksamaan perlaksanaan undang-undang dan penyelewengan kuasa, rakyat Thailand bangkit dan mahukan kerajaan yang adil dan saksama serta mahir mentadbir Negara. Setelah menahan sekian lama, akhirnya mereka memutuskan melakukan tunjuk perasaan besar besaran. Mereka bersatu hati kerana tahu jika kerajaan sekarang terus berkuasa, generasi muda akan terus menderita dengan nasib yang tak terbela.



Wahai para pembaca, adakah salah jika kita membetulkan sesuatu yang salah? Dan membiasakan yang betul? Di Negara kita, kalian serba tahulah apa yang terjadi. Pelbagai korupsi telah didedahkan tetapi tiada yang mengaku mahalah semakin rakus melakukan agenda tersembunyi yang hanya menguntungkan sesetengah pihak sahaja dan bukannya RAKYAT. Saya menyeru bahawa jika benar sesuatu itu salah, maka tolonglah perbetulkan. Tiada niat untuk berpihak kepada sesiapa. Kita semua manusia yang sering alpa dengan kemewahan dunia. Yang kaya makin kaya, yang miskin makin miskin. Biarlah kita miskin harta asal tidak miskin jiwa.


Sedarlah. Hidup didunia hanya persinggahan. Tiada guna merasa bangga kepada kemewahan yang dimiliki baik dari segi kerja, pangkat, kereta, rumah atau keluarga yang kaya raya. Tanamkanlah dalam hati, kita mesti selalu fikirkan balasan di akhirat kelak. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari tuhan dan yang buruk itu datang dari kelemahan kita sendiri. Mengucaplah!

Sumber: BBC News

Sabtu, 31 Agustus 2013

PANAS: Isu HOT Hari Merdeka

MERDEKA! 
MERDEKA!
MERDEKA!

Satu ungkapan yang MENGUBAH sejarah Malaya ketika itu dibawah naungan Tunku Abdul Rahman. Betapa be-ertinya dan gembiranya pada tanggal 31 Ogos 1957. Dan ya, kini Malaysia sudah merdeka selama 56 tahun. TAHNIAH! Saban tahun kita akan melaungkannya tidak kira di negeri mana anda berada. Tetapi nilai kemerdekaan itu makin dilupai.

 

Memang kita melaungkannya. Tetapi yang berada di dataran menyambut tibanya 12 malam, pasti dapat menyaksikan aksi2 seperti baju kain tak cukup, bersentuhan, bergeselan..dan sebagainya. Ada yang suka. SERIOUSLY. Memang ada yang suka. Tetapi perlukah semua ini? Ok lah, kata zaman dah moden, sambut merdeka perlulah moden jugak. Takkanlah nak berdiri macam dalam kelas kan???

Kesimpulannya, kenapa budaya barat harus kita ikuti? Dalam hati, aku mahukan yang benar biarlah benar, dan mahukan Islam menerajui negara kita. Bukan seperti sekarang. Dah salah tapi buat tak tau. Kerek. Dah kaya sombong. Bawa kereta mahal dah bagi lampu tinggi. Orang potong dia HON. Dia potong kita kita HON buat derkk. Babbbb*****. Geram aku. HAHA. Emo pulak. Ingatlah, segala yang kita kecapi di dunia ini hanya pinjaman daripada Allah swt. Bagi yang bukan Islam, minta2lah tuhan turunkan hidayah kepada mereka. Marilah kita hidup berlandaskan ISLAM.

Kamis, 09 Mei 2013

PANAS: Antara Isu Selepas PRU-13


Kali ini aku mahu bersuara. Mungkin entry ini agak kontroversi dan menyentuh sensitivity sesetengah pihak, tapi aku percaya sebagai rakyat yang mahukan keamanan dan kestabilan, aku harus bersuara. Hingga ke hari ini, isu-isu keputusan pilihan raya masih lagi di pertikaikan oleh banyak pihak. Antaranya yang jadi perhatian ialah:

PAKATAN RAKYAT 5.6 JUTA UNDI, BARISAN NASIONAL HANYA 5.2 JUTA

Meskipun inilah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13, tetapi BN tetap diberi mandat untuk mentadbir Malaysia. Jikalah PRU dilaksanakan tanpa mengira jumlah kerusi Parlimen tetapi jumlah undian diambil kira, pastilah PR yang menang. Jadi senang cerita daripada keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 ini, BN perlu bekerja keras untuk menawan hati rakyat kembali. 


NAJIB, DR MAHATHIR DAN UTUSAN MENYALAH DAP KERANA PERKAUMAN

Kita buka kitab sejarah, apa yang berlaku pada 13 Mei 1969? Rusuhan kaum kemuncak kepada masalah perpaduan! Tragedi ini mengakibatkan kehilangan NYAWA serta HARTA BENDA dan mempunyai kaitan yang rapat dengan PRU 1969. Ia merupakan satu titik hitam dalam sejarah Negara Malaysia. Najib, sebagai ketua Negara, haruskah beliau menyokong kenyataan “APA LAGI CINA MAHU?”. Adakah kita mahu sejarah hitam 13 Mei berulang? Sepatutnya beliau patut mengawal isu-isu perkauman ini untuk membentuk perpaduan yang sejati. Apa yang akan jadi kepada generasi muda apabila terdedah kepada masalah ini? Sesungguhnya merekalah yang akan menentukan hala tuju Negara.


PENDUDUK LUAR BANDAR LEBIH PERCAYAKAN BARISAN NASIONAL

Memang tak dinafikan sumbangan BN untuk membantu masyarakat luar Bandar sangat efektif. Penduduk kampung misalnya pastilah harapkan BR1M dan seangkatan diteruskan. Lebih-lebih lagi berdasarkan rekod, hanya BN mempunyai pengalaman memerintah Negara. Jadi corak pemerintahan dan keberkesanan mereka sudah pastilah dipercayai. Untuk menambahkan keyakinan, media masa yang pro-BN, telah lama MEMPERBESARKAN “kekurangan” pembangkang seperti isu skandal Anwar Ibrahim dan Lahad Datu. Jadi bagaimana penduduk luar Bandar mahu memberi peluang kepada PR memerintah? Binasakah Negara nanti?


KEWIBAWAAN LIM KIT SIANG

Ini aku juga terkesima. Dr M terang-terang mengutuk LKS. Tetapi kalau anda baca di internet laman web yang “neutral” atau tidak memihak kepada sesiapa, Yahoo Malaysia misalnya, LKS seolah-olah “kesian” kepada pesaing beliau di Gelang Patah, Datuk Abdul Ghani Othman kerana bertanding dengan bukan lawannya. BN seperti mahu memberi kejutan kepada kerjaya politik Abdul Ghani yang telah memberikan sumbangan kepada Johor dan Malaysia. Malahan LKS sendiri mengecam isu-isu perkauman. Beliau mahukan keamanan Malaysia!

KENAPA WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR BUKAN PR PEGANG

Kalau ditengok keputusan PRU-13, BN menang sikit je kerusi Parlimen di KL! Tetapi kenapa KL bukan PR yang pegang ya? Maaf kerana aku bukan bijak pandai dalam bab ini, Cuma mahu bertanya kepada pembaca apa sebabnya? Kuala Lumpur memang tiada kerusi DUN, hanya PARLIMEN. Tolong kalian memperjelaskan?

  
KESIMPULAN DARI LUAHAN INI

Apa yang aku mahu hanyalah keamanan. Walaupu mungkin jiran aku atau di tempat kerja, di shopping mall, di Jalan raya atau di mana sahaja aku berada, aku tidak mahu mereka yang berlainan kaum dan agama daripada aku, tidak menghormati dan memandang rendah kepada aku. Sebaliknya aku nak mereka lakukan sebaliknya. Senang cerita, aku mahukan hak sama rata, sifat saling menghormati, saling bekerjasama, tolong menolong dan bertoleransi. Yang penting semua orang disekeliling aku dan juga aku sendiri sentiasa hidup aman harmoni. Tidak MAHUKAN anda seperti ini juga?

Rasuah dan politik kotor sama sekali perlu dikecam. Dan aku hanya hamba Allah yang biasa, masih muda, mudah terpengaruh dan juga tidak pernah puas dengan apa yang aku miliki. Tetapi aku tidak mahukan para pembaca menilai post ini kontroversi dan seangkatan. Aku bersuara sebab mahu meluahkan apa yang terpendam di minda dan berdiskusi dengan anda semua. Sekian.

Sabtu, 04 Mei 2013

TERTUA: Calon Wakil Rakyat Berusia 94 Tahun PRU-13

Maimun Yusuf atau lebih dikenali sebagai Tok Mun 1919 (umur 93–94) ialah calon wakil rakyat tertua dalam pilihan raya umum Malaysia ke-12. Beliau mengejutkan ramai kerana bertanding dalam pilihan raya umum Malaysia 2008 di parlimen Kuala Terengganu. Beliau kalah kepada calon Barisan Nasional - UMNO, Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail. Razali menang selepas memperolehi 32,562 undi, manakala Maimun 685 undi. Calon lain ialah Mohamad Sabu (PAS) yang mendapat 31,934 undi.

Nenek yang masih gagah membawa basikal!

Yup, undilah Tok Mun!

Rumah Tok Mun biasa je. Kampung stYLe

"Megang" @ Hebat Nenek sampai polis escort!

Ketika bertanding beliau menggunakan lambang kunci dan berbasikal ke sana sini. Cucunya ialah seramai 19 orang. Pada 20 April 2013, calon bebas paling terkenal Malaysia ini mengesahkan sekali lagi bertanding kerusi sama apabila menyerahkan borang pencalonannya kepada SPR.Pada umur 94 tahun. Beliau kekal sebagai calon wakil rakyat tertua dalam sejarah pilihan raya Malaysia.

Jumat, 03 Mei 2013

TERKINI: Dapatkan Status Pilihan Raya Umum ke-13 Di Laman Ini!

Seperti yang telah diiklankan didalam TV, anda boleh mengetahui status pilihan raya umum 5 Mei ini secara LIVE. Website ini memaparkan isu-isu dan keputusan PRU nanti. Malahan, berita yang dihimpunkan berasal dari semua medium media massa di Malaysia ini seperti surat khabar dan TV. Jadi rajin-rajinlah semak ya. Ayuh kita keluar mengundi!


Kamis, 02 Mei 2013

PERLU TAHU: Perkara Mengenai Pilihan Raya Umum ke-13

Bagi mereka yang berusia 21 – 25 tahun, layak mengundi tetapi belum pernah mengundi, DAN juga mereka yang berusia 26 tahun keatas, tetapi belum pernah mengundi, haruslah anda TAHU mengenai beberapa perkara sebelum menghadiri Pilihan Raya Umum ke-13 5 Mei 2013 nanti.

   
PERBEZAAN PARLIMEN & ADUN (AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI)

Tahukah anda bahawa anda WAJIB pangkah 2 kertas undi, satu untuk Parlimen dan satu untuk DUN. Perbezaannya, PARLIMEN mengandungi Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Ahli Dewan Rakyat digelar Ahli Parlimen dan pilihan raya setiap 5 tahun bakal menentukan siapakah mereka. Dan hampir keseluruhan Ahli Parlimen akan bertukar orang setelah PRU selesai. Ahli Dewan Negara pula akan dilantik oleh YAB Yang Di-Pertuan Agung dan mereka digelar Senator.

Ahli DUN atau ADUN, betanggungjawab mentadbir negeri masing2 dan diketuai Sultan atau Yang Di-Pertua Negeri. Mereka juga dilantik setiap 5 tahun sekali melalui PRU. ADUN juga boleh memegang jawatan Ahli Parlimen dalam satu masa. PERBEZAAN yang jelas antara Parlimen dan DUN ialah Parlimen menguasai kerajaan PUSAT manakala DUN kerajaan NEGERI. KESIMPULANNYA, jika mana-mana antara BN atau PR yang memenangi kerusi lebih banyak dalam Parlimen, maka merekalah yang akan mentadbir Malaysia nanti. 

JUMLAH KERUSI YANG DIPERTANDINGKAN


CARA MEMANGKAH UNDI

Elakkan undi ROSAK! Satu undi anda sangat berharga untuk semua orang. Pastikan anda MEMANGKAH dengan betul di dalam kotak yang disediakan. Walau pun menggunakan jari untuk memangkah, buatlah cantik-cantik. HEHE. Jadi kuku mesti pendeklahkan untuk pangkah elok-elok. Diharapkan kepada anda semua yang layak dan telah mendaftar, keluarlah mengundi. Bagi yang belum semak status undi mereka, klik sini. Sama-samalah kita menunaikan tanggungjawab. Kalau di negara SINGAPURA, sesiapa yang tidak mengundi akan kena SAMAN tau!

Rabu, 17 April 2013

MUDAH: Cara Menyemak Status dan Tempat Mengundi


Ayuh kita mengundi parti paling BERSIH. Tarikh pilihan raya umum ke-13 jatuh kepada 5 Mei 2013. Untuk makluman anda, cas sebanyak RM0.20 akan dikenakan jika gunakan cara SMS seperti diatas. Terima Kasih!

Credits: Yahoo!

Rabu, 10 April 2013

TERGEMPAR: Cukai Kereta Bakal Dikurangkan 100%?

Ya ini memang satu perkara yang benar. Menurut manifesto Parti Keadilan Rakyat (PKR), jika mereka menerajui Malaysia, mereka akan kurangkan cukai kenderaan bermula dengan 20% pada tahun pertama dan seterusnya selama 5 tahun. Genaplah 100% nanti. Baguskah perkara ini? Perkara baik yang mungkin timbul daripada perlaksanaan ini ialah:
  1. Lebih ramai rakyat Malaysia mampu membeli kereta-kereta mahal dan berjenama.
  2. Lebih ramai rakyat Malaysia mampu MEMILIKI kereta biarpun sekarang bergaji sederhana.
  3. Bisnes syarikat pengeluaran kereta akan naik mendadak kerana permintaan bertambah.
  4. Negara Malaysia bakal menjadi tumpuan untuk pelabur membuka bisnes kereta.
  5. Lepas ini anda yang sedang baca ini pergi Giant naik BMW dah.
Hey I got a car BaBe! \(>.<)/

Tapi tidak fikirkah kita pasal keburukan daripada janji PKR ini? Antara masalah yang mungkin timbul ialah:
  1. Jalan raya yang sekarang dah sesak akan BERTAMBAH sesak. Kalau bekerja kat KL tu agaknya pukul 6 dah kena bertolak dari Subang untuk sampai sebelum pukul 8.
  2. Ada kemungkinan nahas di jalan raya bertambah?
  3. Perebutan yang terlalu "Hangat" di pasaraya. Kalau nak pergi ke Midvalley itu silalah datang sebelum pukul 11 ya. Sebab lepas tu susah la anda mahu cari parking.
  4. Orang yang bekerja membawa bas, teksi dan syarikat pengangkutan tren, monorail bakal menyaksikan sumber pendapatan mereka berkurangan.
  5. Belum lagi menyentuh isu pencemaran alam sekitar? Apabila Karbon Monoksida di lepaskan ke atmosphera, lapisan Ozon menipis maka lepas ini jangan complain lah kalau bumi makin panas.
Err.. I mean a REAL traffic jam

Bukannya aku contra-PKR. Tetapi perlaksanaan yang "keterlaluan" ini harus difikirkan. Jika pengurangan sebanyak 10-20% sahaja dan tidak akan turun lagi agak munasabah. Bukan untuk menafikan peluang orang yang tidak kemampuan memiliki kereta idaman, tetapi harus diingat juga salah satu "sumber" kewangan negara adalah melalui cukai. Jika tiada pendapatan maka bukankah Malaysia akan menjadi miskin nanti?

Dan SATU lagi, anda perlu tahu bahawa manifesto yang dijanjikan tak semestinya 100% dilaksanankan. Dalam politik ini memang perkara biasa. Biarpun parti apa, semua macam ini. Mesti ada punya kes2 wakil rakyat tak fikir nasib penduduklah, sampai bekalan air bersih tak ada, dan macam-macam lagi. Tak mustahil tiba2 kata nak turun 100%, tetapi akhir2 paling kurang pun 40% sahaja. Sebabnya "mana nak dapat duit"?

Look what happened in INDIA (click to enlarge)

Kerajaan Barisan Nasional (BN) pula mengistiharkan penurunan 20% - 30% cukai kereta tetapi tidak akan turun sampai 100%. Anda fikirlah kembali kebaikan dan keburukan seperti yang dinyatakan diatas. Anda rasa PKR atau BN yang bagus? For the record, BN dah memerintah Malaysia sejak kemerdekaan jadi mereka ada pengalaman untuk memerintah. PKR pula ada juga pengalaman, tetapi pengalaman "haluan kiri" untuk membentuk kerajaan sendiri. Tidaklah salah memberi peluang kepada PKR. Mahu juga aku merasa di bawah kekuasaan mereka. Nak tengok semaju mana Malaysia nanti.

Apa2 pun para pembaca pasti ada parti yang disokong sendiri. PKR bagus. BN juga bagus. Tapi yang terbersih? Sesungguhnya aku tidak memihak mana-mana parti. Manifesto semuanya mainan politik. Parti mana2 pun. Jangan dipercayai semuanya. Tengoklah rekod dahulu sebelum mengundi. Pilih lah yang BERSIH. Semoga Malaysia maju rakyat selamat. Alhamdulillah.
.
Mari kita undi parti paling BERSIH