Selasa, 21 Januari 2014

PENTING BACA: Keamanan Malaysia Selepas 2014?

Assalamualaikum. Kali ini saya mahu luahkan isi hati yang terpendam sedikit mengenai negara "kesayangan" kita - MALAYSIA. Topiknya ialah mengenai sejauh manakan negara kita ini boleh mengekalkan ATAU memperbaiki situasi sekarang kepada negara yang lebih aman. Kepada yang sudi baca sampai habis dan tinggalkan sebarang komen, saya ucapkan terima kasih banyak-banyak.


Malaysia merupakan negara ke-43 TERAMAI penduduk dan ke-66 TERLUAS di dunia dengan tanah seluas hampir 330,000 KM persegi yang diduduki 28 juta orang. 50.09% rakyatnya ialah Melayu, 22.56% Cina, 6.73% India, 11.76% Kaum Asli dan baki 8.86% lain-lain. Dari segi AGAMA pula, 61.30% ialah Islam, 19.80% ialah Budha, 9.20% ialah Kristian, 6.30% Hindu dan lain-lain. Jika difikirkan, bertuahnya kita dapat hidup didalam sebuah negara walau berbilang bangsa dan agama. Perkara ini BENAR suatu ketika dahulu tetapi makin lama makin susah diterima. Kita saling bercakaran. Melayu salahkan Cina, Cina salahkan India, Kristian salahkan Islam, Islam salahkan Hindu dan pelbagai lagi seperti yang anda sendiri sedia maklum berlaku sekarang.

Persoalan yang terbenak difikiran saya ialah SALAH siapa SEMUA ini? Patut ke kita menunding jari kepada kerajaan sahaja? Patut ke kita salahkan penjajah kerana membawa masuk orang Cina dan India ke tanah Melayu? Walhal pedagang Cina dan India sudah datang lebih awal ke Melaka. Dan jika Kesultanan Melayu sangat hebat dari segi pentadbiran dan displin para pembesar, tak mungkin  mereka tewas kepada Portugis. Jadi KESIMPULANNYA orang Melayu ke yang salah? 

Saya yakin, jika anda ialah orang Melayu pasti anda tidak akan percaya. Pasti anda akan menuduh penjajah atau orang Cina dan India yang kononnya tidak tahu "bersyukur". Sudahlah moyang mereka bukan asal dari Tanah Melayu, mahu berlagak pula. Nah. Itualah sifat orang Melayu. Cenderung menyalahkan orang lain tetapi tidak pernah membaiki kesilapan diri sendiri. Tetapi anda HARUSLAH memahami bahawa orang Melayu sebenarnya antara bangsa yang ulung di dunia. Antara contoh yang paling mudah ialah, kita mencapai KEMERDEKAAN tanpa pertumpahan darah. Semestinya orang Cina dan India juga terlibat sama dalam misi mencapai kebebasan itu, tetapi orang Melayulah yang mengetuainya. Perlulah kita berbangga dan bersyukur disini.


Berbalik kepada persoalan awal, SALAH siapa Malaysia menjadi negara seperti sekarang? Jawapnya sudah tentulah kerajaan dan rakyatnya sendiri. Untuk kerajaan, saya yang tidak arif ini, merasakan pastilah susah mengarisi sistem PENDIDIKAN dengan menitik beratkan sentimen perkauman. Jika semuanya Melayu dan Islam, pastilah mudah sekali membentuk pelajaran yang sama rata. Tetapi rakyat Malaysia berbilang. Pasti sukar. Maka tahniah kepada kerajaan kerana telah bertungkus lumus sehingga sekarang. Cuma mungkin masih belum yang TERBAIK kerana jika betul-betul bagus, sudah tentu tiada masalah seperti pelajar tidak hormat kepada guru, atau guru bersikap melampau atau guru bergaduh dengan guru dan perlbagai lagi perilaku DISPLIN yang salah. Bagi rakyatnya pula, walau kaum apa pun anda, jika anda menghormati setiap orang disekeliling anda baik kaum anda sendiri atau kaum lain, pastilah aman Malaysia ini. Yang susah kita tolong, dan bila senang, kita kongsi bersama. Yang tua kita hormati, yang muda kita pupuk semangat persaudaraan. 

Akhir sekali ialah bab TEKNOLOGI. Mungkin benar kata Albert Einstein, suatu hari nanti, manusia akan menjadi tidak berguna kerana teknologi telah mengatasi mereka. Di zaman sekarang ini sudah kita lihat teknologi telah merapatkan kita dengan dunia luar umumnya negara barat. Dan disebabkan kita terlalu mengagungkan budaya mereka, kita sering mencontohi mereka. Kononnya jika kita masih dengan cara ketimuran, pastilah kita akan ketinggalan. Maka lahirlah pergaulan bebas yang akhirnya memusnahkan sosialism di dalam masyarakat. Seperti saya ungkapkan, mesej ini ditujukan kepada semua KAUM dan AGAMA di Malaysia. Jika benar kita sayang kepada anak kita yang bakal meneraju generasi yang akan datang, maka kita sendiri harus bertindak sekarang. 

Panjang.. tetapi itulah yang saya mahu beritahu selama ini. Saya hanya mahukan KEAMANAN di Malaysia. Di sinilah saya lahir, membesar, belajar dan bekerja. Saya mahu menjadikan sekeliling saya semuanya berada didalam keadaan teratur dan berdisplin. Masih dengan budaya menghormati, saling tolong menolong, setiakawan dan bertolak ansur. Adakah anda tak mahukan perkara serupa?

Tidak ada komentar:

Posting Komentar