Selasa, 30 April 2013

KENCANG: Skill Hebat 37-tahun Ronaldo (Brazil) April 2013

Baru-baru ini pada 27 April 2013 bertempat di Stadium Nasional Brazil yang baru sahaja dibaik pulihkan untuk perlawanan Bola Sepak Piala Dunia 2014, Ronaldo, pemain bola sepak lagenda yang pernah mengetuai jentera serangan dengan aksi lincahnya di Barcelona, Real Madrid dan Milan, membuktikan usia bukan penghalang apabila beliau menjaringkan GOL dengan gerakan CANTIK.


Tapi, beliau sudah agak GEMUK ya harap maklum. KEH KEH KEH. Ok, sebenarnya perlawanan ini diwakili oleh pemain2 Brazil yang lagenda dah. Old boys la katakan. Sebab itulah pemain pertahanan tu tak dapat menangkap kelincahan Ronaldo. Tapi masih hebat ke ape beliau ni? Motif of the story, why some footballers go BUNCIT after retired from the arena? Isk..isk..sik..

Selasa, 23 April 2013

MAKANAN LAUT: Perkara Yang Anda Harus Tahu


INGIN TAHU

Tak pelikah kita hari-hari waktu pagi di mana jua mesti ada orang jual NASI LEMAK bersambalkan kerang? Maksud saya, gerai jual nasi lemak tu bukan satu, tapi merata sekali. Contohnya kalo saya, dalam perjalanan dari rumah ke tempat kerja je, ada 6 gerai tepi jalan jual nasi lemak. Yang menjadi PERSOALAN, kerang ni mana diorang dapat? Tak pernah habis, mesti hari-hari ada jual. Jadi timbullah sifat ingin tahu, bagaimana hidupan laut ini MEMBIAK.



KUPANG LAUT

OK, saya akan lebih fokus kepada pembiakan KUPANG sebab cara mereka membiak lebih kurang je 1 famili. HEHE. Kupang terbahagi kepada 2 jenis yakni yang hidup di laut dan hidup di sungai. Untuk yang hidup di laut, SPERMA oleh kupang jantan akan dilepaskan secara “sesuka hati” dan akan dialirkan oleh arus sungai (jangan fikir bukan-bukan ya..hahaha). Benih sperma ini akan disedut oleh si betina dan ditelurkan didalam ovarinya. Apabila tiba waktu, telur itu akan dilepaskan ke permukaan kulit luar betina yakni ia akan melekat disitu sehingga beberapa minggu. Anak kupang ini boleh bergerak sedikit sahaja untuk mengubah posisi “lekatannya” di kulit ibunya itu demi mencari posisi yang lebih selesa untuk bernafas. Bila tiba waktu, ditinggalkan sudah kulit ibunya untuk hidup bersendirian.



KUPANG SUNGAI

Kupang sungai pula, yang bezanya ialah telur (anak kupang yang sangat kecil) dilepaskan awal-awal dah oleh ibunya untuk melekat di sisik atau sirip ikan. Mereka akan melekat disitu untuk satu tempoh sebelum cukup “besar” untuk hidup sendiri. Apabila tiba waktu, mereka pun meninggalkanlah ikan itu.



KEPENTINGAN KUPANG KEPADA EKOSISTEM

Kupang makan dengan membuka kerangnya dan menghirup air di persekitaran. Segala kekotoran dan bahan kimia yang larut dalam air akan kupang makan. Begini jugalah cara mutiara dihasilkan. Anak kupang yang melekat di badan ikan juga memakan benda yang sama. Jadi apabila ikan itu berenang, persekitarannya mesti bersih daripada bahan kimia/kekotoran. Tapi tak pula kupang boleh memakan kotoran yang terlalu banyak (tumpahan minyak misalnya) dan juga arus air sungai yang tak mengalir akan membantutkan pemakanan kupang dan juga pembiakannya.


KESIMPULAN

Maha besar maha agung ciptaan Allah yang menciptakan hidupan yang unik seperti kupang. Setiap satu hidupan yang diciptakanNYA ada hikmah tersendiri. Janganlah sesekali kita meraguinya. Malahan NYAMUK pun ada gunanya. Sebab nyamuk hanya sukakan carbon monoxide iaitu hembusan nafas manusia. Tanpa nyamuk, dunia akan penuh dengan carbon monoxide. Renung-renungkan. Adios amigo.

Credits: Link 1, Wikipedia

Jumat, 19 April 2013

COOL: Surat Perletakan Jawatan Ditulis Diatas Kek!


Jika anda nak berhenti kerja dan menjadikan bisnes kek sebagai punca mencari rezeki, jadi menulis surat perletakan jawatan di atas kek semestinya satu idea yang kreatif dan sangat bagus! Pada hari jadi ke 31, Chris Holmes atau lebih dikenali sebagai MR. CAKE telah memutuskan telah tiba masanya untuk dia berhenti kerja sebagai Pegawai Sempadan di London Stansted Airport untuk melakukan sesuatu yang dia sangat MINAT dan memberikan masa lebih bersama keluarga tercinta. Bisnes membuat kek telah menjadi pilihannya dan notis pemberitahuan kepada majikannya ialah dengan menggunakan ICING sebenar di atas kek!


Surat perletakan jawatan yang sangat mengcuit hati ini menjadi sangat POPULAR selepas abang iparnya tweet gambar kek itu kepada dunia. Cuba perhatikan ayat TERAKHIR pada kek itu – satu cara pasaran yang tersangat cool dan menarik! Mahukan anda melakukan perkara yang sama?!!

Credits: Yahoo!

Rabu, 17 April 2013

MUDAH: Cara Menyemak Status dan Tempat Mengundi


Ayuh kita mengundi parti paling BERSIH. Tarikh pilihan raya umum ke-13 jatuh kepada 5 Mei 2013. Untuk makluman anda, cas sebanyak RM0.20 akan dikenakan jika gunakan cara SMS seperti diatas. Terima Kasih!

Credits: Yahoo!

Senin, 15 April 2013

PETUA: Menghilangkan Sembam di Bawah Mata


Sesetengah dikalangan kita terutamanya kaum wanita, mata yang SEMBAB sememangnya bukan sesuatu yang mencantikkan. Ianya turut memberikan petanda masalah kesihatan yang diakibatkan oleh kurang tidur dan zat makanan. Lagi teruk, sampai malu datang kerja lantas ambil cuti saja. KEH KEH KEH.

Hide whenever you are!

Bagi mengelakkan masalah tersebut, anda boleh mencuba tip secara sendiri di rumah yang lebih mudah dan tidak perlu memakan belanja terlalu banyak. Antaranya adalah pengamalan pemakanan pisang pada setiap hari.  Kaya dengan kalium, bahan mineral tersebut mampu mengawal jumlah air yang tersimpan di bahagian mata. Selain itu pengamalan memakan strawberi, tomato dan minum teh hijau juga satu petua yang bagus.

Errr.. I mean a real BANANA

Credits: Yahoo!

Jumat, 12 April 2013

LAGU BARU: PSY - Gentleman Video & Lyric


PSY datang lagi dengan lagu terbarunya! Baru je semalam (12th April 2013), lagu ini diumumkan kepada dunia. PSY yang memang terkenal dengan GANGNAM STYLE, telah memberi tajuk lagu barunya ini – GENTLEMAN. Lepas ini, part korus yang anda harus ingat ialah “I’m a mother farther gentleman!”. Ok, mula-mula jom tengok video lagu ni dulu dan layan liriknya. Pasang kuat-kuat volume speaker anda ok? Dan bersedialah untuk menari!!


PSY – GENTLEMAN LYRIC (KOREAN– ROMAJI & ENGLISH)

Ah~!
Allangga molla wae (I don’t know if you know)
Hwakkeun haeya haneun geonji (Why it needs to be hot)
Allangga molla wae (I don’t know if you know)
Malkkeum haeya haneun geonji (Why it needs to be clean)
Allangga molla arikkari (I don’t know if you know)
Hamyeon kkarihae (It’ll be a problem if you’re confused)
Allangga molla We Like (I don’t know if you know but we like)
We We We Like Party hae (we we we like to party)
Itjanha mariya (Hey there)
I sarameuro malsseum (If I’m going to introduce myself)
Deuri jamyeon mariya (I’m a cool guy with courage)
Yonggi paegi ttolkki meot jaengi mariya (Spirit and craziness)
Neoga deudgo peunmal (What you wanna hear)
Hago peunge nande mariya (What you wanna do is me)
Damn! Girl! You so freakin sexy! (Damn! Girl! You so freakin sexy!)

Ah Ah Ah Ah~ I’m a…
Ah Ah Ah Ah~ I’m a…
Ah Ah Ah Ah~
I’m a mother father gentleman
I’m a…
Ah I’m a
I’m a mother father gentleman
I’m a…
Ah I’m a
I’m a mother father gentleman

Allangga molla wae (I don’t know if you know)
Mikkeunhaeya haneun geonji (Why it needs to be smooth)
Allangga molla wae (I don’t know if you know)
Ssaekkeunhaeya haneun geonji (Why it needs to be sexy)
Allangga molla dalling (I don’t know if you know darling)
Ppalli waseo nanrihae (Hurry and come be crazy)
Allangga molla nanri (I don’t know if you know)
Nanri nasseo ppallihae (It’s crazy, crazy, hurry up)
Itjanha mariya (Hey there)
Neoui meori heori dari jongari mariya (Your head, waist, legs, calves)
Good! feeling feeling? (Good! Feeling feeling?)
Good! budeureobge mariya (Good! It’s soft)
Aju geunyang heogsori nage (I’ll make you gasp and)
Agsori nage mariya (I’ll make you scream)
Damn! Girl! I’m a party mafia! (Damn! Girl! I’m a party mafia!)

Gonna make you sweat.
Gonna make you wet.
You know who I am~ Wet PSY!
Gonna make you sweat.
Gonna make you wet.
You know who I am~
Wet PSY! Wet PSY! Wet PSY!
Wet PSY! PSY! PSY! PSY!

PSY - GENTLEMAN VIDEO CLIP


Apa yang anda rasa selepas tengok video dan cuba memahami liriknya? Macam Gangnam style jugalah, liriknya terabur, semata-mata ikut rentak dan lebih tekankan konsep berjoget/disko. Pasti anda rasa nak menarik jugakan! HAHA. Apa pun, disaat Negara Malaysia ini tengah sibuk berkempen untuk PILIHAN RAYA KE-13, sekali sekala dengarkan lagu macam ini boleh tenangkan dan riangkan hati sekejap sebelum menyambung tugas untuk mengundi parti TERBERSIH nanti! Oppaa Gentleman style!!

Rabu, 10 April 2013

TERGEMPAR: Cukai Kereta Bakal Dikurangkan 100%?

Ya ini memang satu perkara yang benar. Menurut manifesto Parti Keadilan Rakyat (PKR), jika mereka menerajui Malaysia, mereka akan kurangkan cukai kenderaan bermula dengan 20% pada tahun pertama dan seterusnya selama 5 tahun. Genaplah 100% nanti. Baguskah perkara ini? Perkara baik yang mungkin timbul daripada perlaksanaan ini ialah:
  1. Lebih ramai rakyat Malaysia mampu membeli kereta-kereta mahal dan berjenama.
  2. Lebih ramai rakyat Malaysia mampu MEMILIKI kereta biarpun sekarang bergaji sederhana.
  3. Bisnes syarikat pengeluaran kereta akan naik mendadak kerana permintaan bertambah.
  4. Negara Malaysia bakal menjadi tumpuan untuk pelabur membuka bisnes kereta.
  5. Lepas ini anda yang sedang baca ini pergi Giant naik BMW dah.
Hey I got a car BaBe! \(>.<)/

Tapi tidak fikirkah kita pasal keburukan daripada janji PKR ini? Antara masalah yang mungkin timbul ialah:
  1. Jalan raya yang sekarang dah sesak akan BERTAMBAH sesak. Kalau bekerja kat KL tu agaknya pukul 6 dah kena bertolak dari Subang untuk sampai sebelum pukul 8.
  2. Ada kemungkinan nahas di jalan raya bertambah?
  3. Perebutan yang terlalu "Hangat" di pasaraya. Kalau nak pergi ke Midvalley itu silalah datang sebelum pukul 11 ya. Sebab lepas tu susah la anda mahu cari parking.
  4. Orang yang bekerja membawa bas, teksi dan syarikat pengangkutan tren, monorail bakal menyaksikan sumber pendapatan mereka berkurangan.
  5. Belum lagi menyentuh isu pencemaran alam sekitar? Apabila Karbon Monoksida di lepaskan ke atmosphera, lapisan Ozon menipis maka lepas ini jangan complain lah kalau bumi makin panas.
Err.. I mean a REAL traffic jam

Bukannya aku contra-PKR. Tetapi perlaksanaan yang "keterlaluan" ini harus difikirkan. Jika pengurangan sebanyak 10-20% sahaja dan tidak akan turun lagi agak munasabah. Bukan untuk menafikan peluang orang yang tidak kemampuan memiliki kereta idaman, tetapi harus diingat juga salah satu "sumber" kewangan negara adalah melalui cukai. Jika tiada pendapatan maka bukankah Malaysia akan menjadi miskin nanti?

Dan SATU lagi, anda perlu tahu bahawa manifesto yang dijanjikan tak semestinya 100% dilaksanankan. Dalam politik ini memang perkara biasa. Biarpun parti apa, semua macam ini. Mesti ada punya kes2 wakil rakyat tak fikir nasib penduduklah, sampai bekalan air bersih tak ada, dan macam-macam lagi. Tak mustahil tiba2 kata nak turun 100%, tetapi akhir2 paling kurang pun 40% sahaja. Sebabnya "mana nak dapat duit"?

Look what happened in INDIA (click to enlarge)

Kerajaan Barisan Nasional (BN) pula mengistiharkan penurunan 20% - 30% cukai kereta tetapi tidak akan turun sampai 100%. Anda fikirlah kembali kebaikan dan keburukan seperti yang dinyatakan diatas. Anda rasa PKR atau BN yang bagus? For the record, BN dah memerintah Malaysia sejak kemerdekaan jadi mereka ada pengalaman untuk memerintah. PKR pula ada juga pengalaman, tetapi pengalaman "haluan kiri" untuk membentuk kerajaan sendiri. Tidaklah salah memberi peluang kepada PKR. Mahu juga aku merasa di bawah kekuasaan mereka. Nak tengok semaju mana Malaysia nanti.

Apa2 pun para pembaca pasti ada parti yang disokong sendiri. PKR bagus. BN juga bagus. Tapi yang terbersih? Sesungguhnya aku tidak memihak mana-mana parti. Manifesto semuanya mainan politik. Parti mana2 pun. Jangan dipercayai semuanya. Tengoklah rekod dahulu sebelum mengundi. Pilih lah yang BERSIH. Semoga Malaysia maju rakyat selamat. Alhamdulillah.
.
Mari kita undi parti paling BERSIH