INGIN TAHU
Tak pelikah kita hari-hari waktu pagi di mana jua mesti ada orang jual NASI LEMAK bersambalkan kerang? Maksud saya, gerai jual nasi lemak tu bukan satu, tapi merata sekali. Contohnya kalo saya, dalam perjalanan dari rumah ke tempat kerja je, ada 6 gerai tepi jalan jual nasi lemak. Yang menjadi PERSOALAN, kerang ni mana diorang dapat? Tak pernah habis, mesti hari-hari ada jual. Jadi timbullah sifat ingin tahu, bagaimana hidupan laut ini MEMBIAK.
KUPANG LAUT
OK, saya akan lebih fokus kepada pembiakan KUPANG sebab cara mereka membiak lebih kurang je 1 famili. HEHE. Kupang terbahagi kepada 2 jenis yakni yang hidup di laut dan hidup di sungai. Untuk yang hidup di laut, SPERMA oleh kupang jantan akan dilepaskan secara “sesuka hati” dan akan dialirkan oleh arus sungai (jangan fikir bukan-bukan ya..hahaha). Benih sperma ini akan disedut oleh si betina dan ditelurkan didalam ovarinya. Apabila tiba waktu, telur itu akan dilepaskan ke permukaan kulit luar betina yakni ia akan melekat disitu sehingga beberapa minggu. Anak kupang ini boleh bergerak sedikit sahaja untuk mengubah posisi “lekatannya” di kulit ibunya itu demi mencari posisi yang lebih selesa untuk bernafas. Bila tiba waktu, ditinggalkan sudah kulit ibunya untuk hidup bersendirian.
KUPANG SUNGAI
Kupang sungai pula, yang bezanya ialah telur (anak kupang yang sangat kecil) dilepaskan awal-awal dah oleh ibunya untuk melekat di sisik atau sirip ikan. Mereka akan melekat disitu untuk satu tempoh sebelum cukup “besar” untuk hidup sendiri. Apabila tiba waktu, mereka pun meninggalkanlah ikan itu.
KEPENTINGAN KUPANG KEPADA EKOSISTEM
Kupang makan dengan membuka kerangnya dan menghirup air di persekitaran. Segala kekotoran dan bahan kimia yang larut dalam air akan kupang makan. Begini jugalah cara mutiara dihasilkan. Anak kupang yang melekat di badan ikan juga memakan benda yang sama. Jadi apabila ikan itu berenang, persekitarannya mesti bersih daripada bahan kimia/kekotoran. Tapi tak pula kupang boleh memakan kotoran yang terlalu banyak (tumpahan minyak misalnya) dan juga arus air sungai yang tak mengalir akan membantutkan pemakanan kupang dan juga pembiakannya.
KESIMPULAN
Maha besar maha agung ciptaan Allah yang menciptakan hidupan yang unik seperti kupang. Setiap satu hidupan yang diciptakanNYA ada hikmah tersendiri. Janganlah sesekali kita meraguinya. Malahan NYAMUK pun ada gunanya. Sebab nyamuk hanya sukakan carbon monoxide iaitu hembusan nafas manusia. Tanpa nyamuk, dunia akan penuh dengan carbon monoxide. Renung-renungkan. Adios amigo.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar