Tidak dinafikan, air yang bersih sangat penting untuk kesihatan baik untuk minum, memasak mahupun mandi. Mahupun diguna untuk membasuh pakaian, menyiram pokok atau membersih kereta, air yang persih PENTING. Kalau nak dapatkan air yang sebersih mungkin kat Malaysia ni pastilah kat gunung ganang atau bukit bakau. Untunglah orang yang tinggal kat Cameroon Highland ye. TAPI, ada negara yang memang air paipnya pun bersih sangat! Cuba lihat dibawah:
TEMPAT KE-10: NEW ZEALAND
Walaupun menduduki tangga ke-10, tapi air paip di negara penggambaran filem Hobbit ni sangat bersih. Saintis telah menguji, minum terus tanpa masak pun tak mendatangkan kemudaratan.
TEMPAT KE-9: GERMANY
Negara yang paling maju dalam perindustrian ini ternyata berbeza, mereka sangat mementingkan kualiti dan kejuteraan, maka tercipta air yang sangat bersih walau mengalir dari paip.
TEMPAT KE-8: SWEDEN
Seperti German, tetapi disebabkan kerajaan mereka mahukan rakyat hidup sihat, mereka telah melabur banyak dana dalam projek mega membina 2 buah pusat rawatan air berteknologi tinggi.
TEMPAT KE-7: UNITED KINGDOM
Piawaian Kesatuan Negara Eropah dan juga pertolongan daripada Badan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mempopularkan UK sebagai salah satu pembekal air yang sangat berkualiti di dunia.
TEMPAT KE-6: ITALY
Air mineral di dalam botol di Itali hampir sama kualitinya dengan air paip. Malahan mereka membuat kajian berterusan bagi memastikan kandungan bahan asing sentiasa ditahap terkawal.
TEMPAT KE-5: AUSTRIA
Undang-undang di Austria telah melarang pembekal air untuk tidak mengambil air dari sumber yang bagus seperti kaki bukit. Tidak hairanlah ada yang kena penjara jika disabit kesalahan.
TEMPAT KE-4: FRANCE
Walaupun negara mereka padat dengan penduduk, tetapi kerajaan telah menggalakkan pihak-pihak swasta untuk menjalankan bisnes pembekalan air bersih yang rendah kandungan bakteria.
TEMPAT KE-3: LUXEMBOURGH
71% sumber air adalah dari bawah tanah. Tetapi kerajaan hanya mengambil 38% daripadanya untuk diprosess menjadikan air minuman dengan menggunakan teknologi penapis ultra yang tinggi,
TEMPAT KE-2: NORWAY
Seperi juga Luxembourgh, sumber air bawah tanah, air di kaki bukit dan juga dikelilingi persisiran pantai yang bersih telah menyebabkan negara Norway memiliki air paip ke-2 terbersih didunia.
TEMPAT KE-1: SWITZERLAND
Gambar sahaja telah menceritakan segala-galanya. Verzasca River di negara ini adalah sungai paling bersih didunia! Lihat sajalah, dasar sungai pun boleh nampak dengan sangat jelas!
PENGAJARAN:
Sesungguhnya rahmat Allah berada dimana sahaja. Mungkin dinegara yang tersenarai diatas ini memiliki air yang sangat bersih, tetapi mesti ada kekurangan dari sudut lain. Misalnya Lexumbourgh, negara pengeluar Arak terbesar di dunia dan rakyatnya rata-rata suka mabuk. Jadi pandai-pandailah beringat dan beramal ya. Semoga anda meminum air bersih setiap hari!
Tidak ada komentar:
Posting Komentar