Rabu, 22 Mei 2013

FIREFLYZ: Tiket Kapal Terbang dan Servis Terbaik

Sekadar perkongsian kepada anda yang sukakan permandangan indah + menaiki kapal terbang, silakan nikmati gambar di bawah. Gambar-gambar ini aku tangkap waktu balik ke kampung halaman baru-baru ini sempena PILIHAN RAYA ke-13. Tiket dah tempah 1 bulan sebelum. Tiket pergi 1 Mei, balik 6 Mei...der..tak ke hebat aku? Sebab tahu-tahu je pilihan raya 5 Mei dan 6 Mei cuti umum untuk rakyat SELANGOR. HAHAHA. Berlagak jap. Aku lah tu yang suruh PM Najib buat pilihan raya hari tu. Jangan main. HAhaheeee..gurau je! Kebetulan. Syukurlah. Boleh mengundi! 


OK lah, memang gambar tak seberapa. Aku ingat lagi, KAPTEN pesawat itu mengatakan ketinggian yang telah dicapai ialah 20000 ft above sea level dan berkelajuan 430km/h. Woshhhh! Kalah kereta F1! Harga tiket? Sebab aku tempah 1 bulan awal, jadi harganya cuma RM180+ tak silap pergi balik. Kalau 2 minggu lagi awal dari 1 bulan ni, RM130+ je. Pergh..melepas tak book awal-awal. Tapi risikonya itulah, nak cancel atau tukar tarikh payah pulak nanti. Thanks for reading!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar