Tampilkan postingan dengan label Malaysian Must Know. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Malaysian Must Know. Tampilkan semua postingan

Selasa, 21 Januari 2014

PENTING BACA: Keamanan Malaysia Selepas 2014?

Assalamualaikum. Kali ini saya mahu luahkan isi hati yang terpendam sedikit mengenai negara "kesayangan" kita - MALAYSIA. Topiknya ialah mengenai sejauh manakan negara kita ini boleh mengekalkan ATAU memperbaiki situasi sekarang kepada negara yang lebih aman. Kepada yang sudi baca sampai habis dan tinggalkan sebarang komen, saya ucapkan terima kasih banyak-banyak.


Malaysia merupakan negara ke-43 TERAMAI penduduk dan ke-66 TERLUAS di dunia dengan tanah seluas hampir 330,000 KM persegi yang diduduki 28 juta orang. 50.09% rakyatnya ialah Melayu, 22.56% Cina, 6.73% India, 11.76% Kaum Asli dan baki 8.86% lain-lain. Dari segi AGAMA pula, 61.30% ialah Islam, 19.80% ialah Budha, 9.20% ialah Kristian, 6.30% Hindu dan lain-lain. Jika difikirkan, bertuahnya kita dapat hidup didalam sebuah negara walau berbilang bangsa dan agama. Perkara ini BENAR suatu ketika dahulu tetapi makin lama makin susah diterima. Kita saling bercakaran. Melayu salahkan Cina, Cina salahkan India, Kristian salahkan Islam, Islam salahkan Hindu dan pelbagai lagi seperti yang anda sendiri sedia maklum berlaku sekarang.

Persoalan yang terbenak difikiran saya ialah SALAH siapa SEMUA ini? Patut ke kita menunding jari kepada kerajaan sahaja? Patut ke kita salahkan penjajah kerana membawa masuk orang Cina dan India ke tanah Melayu? Walhal pedagang Cina dan India sudah datang lebih awal ke Melaka. Dan jika Kesultanan Melayu sangat hebat dari segi pentadbiran dan displin para pembesar, tak mungkin  mereka tewas kepada Portugis. Jadi KESIMPULANNYA orang Melayu ke yang salah? 

Saya yakin, jika anda ialah orang Melayu pasti anda tidak akan percaya. Pasti anda akan menuduh penjajah atau orang Cina dan India yang kononnya tidak tahu "bersyukur". Sudahlah moyang mereka bukan asal dari Tanah Melayu, mahu berlagak pula. Nah. Itualah sifat orang Melayu. Cenderung menyalahkan orang lain tetapi tidak pernah membaiki kesilapan diri sendiri. Tetapi anda HARUSLAH memahami bahawa orang Melayu sebenarnya antara bangsa yang ulung di dunia. Antara contoh yang paling mudah ialah, kita mencapai KEMERDEKAAN tanpa pertumpahan darah. Semestinya orang Cina dan India juga terlibat sama dalam misi mencapai kebebasan itu, tetapi orang Melayulah yang mengetuainya. Perlulah kita berbangga dan bersyukur disini.


Berbalik kepada persoalan awal, SALAH siapa Malaysia menjadi negara seperti sekarang? Jawapnya sudah tentulah kerajaan dan rakyatnya sendiri. Untuk kerajaan, saya yang tidak arif ini, merasakan pastilah susah mengarisi sistem PENDIDIKAN dengan menitik beratkan sentimen perkauman. Jika semuanya Melayu dan Islam, pastilah mudah sekali membentuk pelajaran yang sama rata. Tetapi rakyat Malaysia berbilang. Pasti sukar. Maka tahniah kepada kerajaan kerana telah bertungkus lumus sehingga sekarang. Cuma mungkin masih belum yang TERBAIK kerana jika betul-betul bagus, sudah tentu tiada masalah seperti pelajar tidak hormat kepada guru, atau guru bersikap melampau atau guru bergaduh dengan guru dan perlbagai lagi perilaku DISPLIN yang salah. Bagi rakyatnya pula, walau kaum apa pun anda, jika anda menghormati setiap orang disekeliling anda baik kaum anda sendiri atau kaum lain, pastilah aman Malaysia ini. Yang susah kita tolong, dan bila senang, kita kongsi bersama. Yang tua kita hormati, yang muda kita pupuk semangat persaudaraan. 

Akhir sekali ialah bab TEKNOLOGI. Mungkin benar kata Albert Einstein, suatu hari nanti, manusia akan menjadi tidak berguna kerana teknologi telah mengatasi mereka. Di zaman sekarang ini sudah kita lihat teknologi telah merapatkan kita dengan dunia luar umumnya negara barat. Dan disebabkan kita terlalu mengagungkan budaya mereka, kita sering mencontohi mereka. Kononnya jika kita masih dengan cara ketimuran, pastilah kita akan ketinggalan. Maka lahirlah pergaulan bebas yang akhirnya memusnahkan sosialism di dalam masyarakat. Seperti saya ungkapkan, mesej ini ditujukan kepada semua KAUM dan AGAMA di Malaysia. Jika benar kita sayang kepada anak kita yang bakal meneraju generasi yang akan datang, maka kita sendiri harus bertindak sekarang. 

Panjang.. tetapi itulah yang saya mahu beritahu selama ini. Saya hanya mahukan KEAMANAN di Malaysia. Di sinilah saya lahir, membesar, belajar dan bekerja. Saya mahu menjadikan sekeliling saya semuanya berada didalam keadaan teratur dan berdisplin. Masih dengan budaya menghormati, saling tolong menolong, setiakawan dan bertolak ansur. Adakah anda tak mahukan perkara serupa?

Senin, 30 Desember 2013

RAHSIA: Kemana Perginya Duit Gaji Anda?

Bayangkan, walau penat lelah anda bekerja, lebih separuh daripada duit anda sebenarnya adalah untuk golongan "ELIT" negara yakni yang menjawat jawatan menteri dan sebagainya. Perkara ini lebih dirasai oleh yang berpendapatan rendah, misalnya RM2000 sebulan. Oh ya, RM2000 tu ibarat cukup-cukup makan sahaja terutama yang tinggal di bandar. Kalau bujang tu mungkin lah cukup tapi kalau dah beristeri dan ada anak? SAKIT kan memikirkan KEMANA duit kita pergi. 

Tahun depan 2014, semuanya serba naik. Tak perlulah disenaraikan disini, anda tahulah sendiri. Tapi sangat hairan, kenapa jika ada media massa atau individu yang anti-kerajaan, mereka bakal dihukum, disaman, dipenjara pun ada! Jika mereka ini anti kepada benda yang buruk memanglah tak boleh, tapi jika betul kenapa harus ditangkap?? Dimanakah tidakan yang tulus!? OK lah, tak nak cakap banyak, bacalah petikan yang sangat BERNAS ini di SINI. Versi bahasa Inggeris, tapi harap anda yang membacanya faham lah maksudnya. Semoga tuhan melindungi orang yang benar dan memberikan cahaya kepada orang yang salah supaya mereka kembali kejalan yang diredhaiNya.

Rabu, 18 Desember 2013

BERITA BAIK: Harga Tol Di Selangor Kekal 2014

Tahun depan (2014), rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama bakal berdepan masalah kewangan yang semakin runcing (tetapi mungkin tidak bagi si kaya). Cuba kalian fikir sejenak, memang duit tidak boleh beli kasih sayang tapi tanpa duit boleh hidup ke? Pasal harga TOL di Selangor pula, silalah tonton video yang di petik dari YAHOO ini - LINK

Mungkin lepas ni kalau pergi kerja kat KL naik jet je kot..??

Kenapa ya selepas pilihan raya semua naik? Kenapa sebelum ini tak pernah naik? Malahan dijanjikan tak pernah turun adalah. Sebagai orang yang mahukan negara terus maju kedepan, perlukan kita selalu berhutang? Kalau negara kita berhutang salah rakyat ke? Siapa yang awal2 tak kawal? Sadis tengok yang KAYA makin KAYA. Orang yang tak berkemampuan ini tiada nilai pun. Dugaan di tanah sendiri. Semoga tuhan melimpahkan rezeki kepada orang yang di redhaiNYA.

Sabtu, 31 Agustus 2013

PANAS: Isu HOT Hari Merdeka

MERDEKA! 
MERDEKA!
MERDEKA!

Satu ungkapan yang MENGUBAH sejarah Malaya ketika itu dibawah naungan Tunku Abdul Rahman. Betapa be-ertinya dan gembiranya pada tanggal 31 Ogos 1957. Dan ya, kini Malaysia sudah merdeka selama 56 tahun. TAHNIAH! Saban tahun kita akan melaungkannya tidak kira di negeri mana anda berada. Tetapi nilai kemerdekaan itu makin dilupai.

 

Memang kita melaungkannya. Tetapi yang berada di dataran menyambut tibanya 12 malam, pasti dapat menyaksikan aksi2 seperti baju kain tak cukup, bersentuhan, bergeselan..dan sebagainya. Ada yang suka. SERIOUSLY. Memang ada yang suka. Tetapi perlukah semua ini? Ok lah, kata zaman dah moden, sambut merdeka perlulah moden jugak. Takkanlah nak berdiri macam dalam kelas kan???

Kesimpulannya, kenapa budaya barat harus kita ikuti? Dalam hati, aku mahukan yang benar biarlah benar, dan mahukan Islam menerajui negara kita. Bukan seperti sekarang. Dah salah tapi buat tak tau. Kerek. Dah kaya sombong. Bawa kereta mahal dah bagi lampu tinggi. Orang potong dia HON. Dia potong kita kita HON buat derkk. Babbbb*****. Geram aku. HAHA. Emo pulak. Ingatlah, segala yang kita kecapi di dunia ini hanya pinjaman daripada Allah swt. Bagi yang bukan Islam, minta2lah tuhan turunkan hidayah kepada mereka. Marilah kita hidup berlandaskan ISLAM.

Sabtu, 04 Mei 2013

TERTUA: Calon Wakil Rakyat Berusia 94 Tahun PRU-13

Maimun Yusuf atau lebih dikenali sebagai Tok Mun 1919 (umur 93–94) ialah calon wakil rakyat tertua dalam pilihan raya umum Malaysia ke-12. Beliau mengejutkan ramai kerana bertanding dalam pilihan raya umum Malaysia 2008 di parlimen Kuala Terengganu. Beliau kalah kepada calon Barisan Nasional - UMNO, Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail. Razali menang selepas memperolehi 32,562 undi, manakala Maimun 685 undi. Calon lain ialah Mohamad Sabu (PAS) yang mendapat 31,934 undi.

Nenek yang masih gagah membawa basikal!

Yup, undilah Tok Mun!

Rumah Tok Mun biasa je. Kampung stYLe

"Megang" @ Hebat Nenek sampai polis escort!

Ketika bertanding beliau menggunakan lambang kunci dan berbasikal ke sana sini. Cucunya ialah seramai 19 orang. Pada 20 April 2013, calon bebas paling terkenal Malaysia ini mengesahkan sekali lagi bertanding kerusi sama apabila menyerahkan borang pencalonannya kepada SPR.Pada umur 94 tahun. Beliau kekal sebagai calon wakil rakyat tertua dalam sejarah pilihan raya Malaysia.

Jumat, 03 Mei 2013

TERKINI: Dapatkan Status Pilihan Raya Umum ke-13 Di Laman Ini!

Seperti yang telah diiklankan didalam TV, anda boleh mengetahui status pilihan raya umum 5 Mei ini secara LIVE. Website ini memaparkan isu-isu dan keputusan PRU nanti. Malahan, berita yang dihimpunkan berasal dari semua medium media massa di Malaysia ini seperti surat khabar dan TV. Jadi rajin-rajinlah semak ya. Ayuh kita keluar mengundi!


Kamis, 02 Mei 2013

PERLU TAHU: Perkara Mengenai Pilihan Raya Umum ke-13

Bagi mereka yang berusia 21 – 25 tahun, layak mengundi tetapi belum pernah mengundi, DAN juga mereka yang berusia 26 tahun keatas, tetapi belum pernah mengundi, haruslah anda TAHU mengenai beberapa perkara sebelum menghadiri Pilihan Raya Umum ke-13 5 Mei 2013 nanti.

   
PERBEZAAN PARLIMEN & ADUN (AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI)

Tahukah anda bahawa anda WAJIB pangkah 2 kertas undi, satu untuk Parlimen dan satu untuk DUN. Perbezaannya, PARLIMEN mengandungi Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Ahli Dewan Rakyat digelar Ahli Parlimen dan pilihan raya setiap 5 tahun bakal menentukan siapakah mereka. Dan hampir keseluruhan Ahli Parlimen akan bertukar orang setelah PRU selesai. Ahli Dewan Negara pula akan dilantik oleh YAB Yang Di-Pertuan Agung dan mereka digelar Senator.

Ahli DUN atau ADUN, betanggungjawab mentadbir negeri masing2 dan diketuai Sultan atau Yang Di-Pertua Negeri. Mereka juga dilantik setiap 5 tahun sekali melalui PRU. ADUN juga boleh memegang jawatan Ahli Parlimen dalam satu masa. PERBEZAAN yang jelas antara Parlimen dan DUN ialah Parlimen menguasai kerajaan PUSAT manakala DUN kerajaan NEGERI. KESIMPULANNYA, jika mana-mana antara BN atau PR yang memenangi kerusi lebih banyak dalam Parlimen, maka merekalah yang akan mentadbir Malaysia nanti. 

JUMLAH KERUSI YANG DIPERTANDINGKAN


CARA MEMANGKAH UNDI

Elakkan undi ROSAK! Satu undi anda sangat berharga untuk semua orang. Pastikan anda MEMANGKAH dengan betul di dalam kotak yang disediakan. Walau pun menggunakan jari untuk memangkah, buatlah cantik-cantik. HEHE. Jadi kuku mesti pendeklahkan untuk pangkah elok-elok. Diharapkan kepada anda semua yang layak dan telah mendaftar, keluarlah mengundi. Bagi yang belum semak status undi mereka, klik sini. Sama-samalah kita menunaikan tanggungjawab. Kalau di negara SINGAPURA, sesiapa yang tidak mengundi akan kena SAMAN tau!

Rabu, 17 April 2013

MUDAH: Cara Menyemak Status dan Tempat Mengundi


Ayuh kita mengundi parti paling BERSIH. Tarikh pilihan raya umum ke-13 jatuh kepada 5 Mei 2013. Untuk makluman anda, cas sebanyak RM0.20 akan dikenakan jika gunakan cara SMS seperti diatas. Terima Kasih!

Credits: Yahoo!

Minggu, 07 April 2013

DUIT PERCUMA: Betul Anda Nak? Apa Caranya?

Apa yang akan anda rasai andai anda diberikan RM1,200 secara PERCUMA? Bolehlah modify kereta kan? Tak pun shopping sikit. Beli smart phone baru pun boleh. Tak pun munkin pergi MELANCONG?? Yup. Itu janji yang ditaburkan Perdana Menteri kita sekarang, Dato' Seri Najib. Tidak mustahil katanya jika BN terus menerajui Malaysia selepas Pilihan Raya ke-13, BR1M 3.0 akan diteruskan. Natijah beliau, bukanlah untuk membeli undi, sebaliknya RM1,200 ni hanya diberikan kepada golongan berpendapatan RM3,000 dan kebawah. Senang cerita kepada yang miskin sahaja.

Sembunyikan Undian ANDA!

Yang kaya, tidak akan diberi BR1M. Sebab mereka dah KAYA kan? Kalau subsidi minyak, semua golongan boleh menikmatinya tetapi Bantuan Rakyat 1 Malaysia ini hanya golongan tertentu. TERPERINCI bukan? Jadi kalau cakap untuk beli undi tu, rasanya tak lah kot. TAPI berapa ramaikah rakyat Malaysia pada hari ini bergaji lebih RM3,000 sebulan? Ntah, sukar saya perkatakan. HAHA. Tapi mesti ramaikan? Katakan kalau ada 10 juta golongan pekerja di Malaysia, mungkin 6 juta daripadanya berpendapatan sederhana? Jadi kalau 6 juta ni semua terima BR1M dan sokong BN. Jadi ini cerita apa?

Segenap Lapisan Masyarakat Wajib Mengundi

Apa2 pun baguslah niat BN nak bantu rakyat. Saya, anda, dia dan mereka yang membaca ini selalu fikirkan kerajaan salah bukan? Bagi A nak B, bagi B nak C. Bagi RM100, nak RM200, bagi RM400 nak RM1000. Sampai kesudah tak akan selesai. Sebab kita MANUSIA. Sentiasa ingin lebih daripada yang mampu. Nafsu semua ini sedarlah kalian. Jadi persoalan yang sepatutnya anda semua fikir untuk mengundi nanti bukanlah apa yang DIJANJIKAN dalam manifesto parti-parti yang bertanding, tetapi sejauh manakah BERSIH nya mereka? Jangan katakan BN itu banyak rasuah, PAS itu terpesong, DAP itu nak jaga Cina saja atau PKR itu pemimpin tak kukuh. Semua ada kelebihan dan kekurangan. Undilah yang BETUL.

Credits: Yahoo!

Selasa, 19 Maret 2013

MALINDO AIR: Penerbangan Kos TerMurah TerBaru di Malaysia!


Memandangkan nama “Malindo Air” sedang hangat diperkatakan oleh rakyat Malaysia, bagi yang tidak mengetahuinya atau ingin mengetahui dengan lebih lanjut, boleh la membaca infomasi yang akan MENGEGARKAN dunia penerbangan kos rendah di Malaysia ini nanti. Selama ini kita asyik mendengar 3 syarikat penerbangan di Malaysia iaitu MAS, Fire Fly dan Air Asia. Kali ini untunglah kita sebab bertambah 1 lagi!

Adoiya..macam "INI" jugak ke pramugari dia!

LATAR BELAKANG

Malindo Air ialah penerbangan yang dimiliki Malaysia dan merupakan Joint Venture antara National Aerospace and Defense Industries (NADI) Malaysia (51%) dan Lion Air Indonesia (49%). Nama “Malindo” berasal daripada gabungan nama MALaysia dan INDOesia. CEO Malindo Air ialah Mr Chandran Ramamuthy yang juga merupakan pembantu exekutif personal kepada Pengarah Lion Air.

Bukan sekadar tambang murah beb..

TARIKH MULA BEROPERASI

Pada permulaannya, Malindo Air berhasrat untuk memulakan operasi pada 1 May 2013 di terminal baru KLIA 2 tetapi telah diawalkan kepada pertengahan Mac 2013. Penerbangan domestic dimulakan dahulu dengan destinasi Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Kuching telah terpilih. Di masa hadapan Malindo Air akan menawarkan penerbangan ke India, Shenzhen, Guang Zhou dan Hong Kong.

Nun terbang tinggi di angkasa

WIFI PERCUMA DI DALAM KAPAL TERBANG

Penerbangan pertama Malindo Air dijangkakan akan beroperasi bermula dari 22 Mac 2013. Di dalam penerbangan, penumpang akan dibekalkan TV (in-flight entertainment system) tidak kira seat kelas apa yang dipilih. Makanan percuma juga disediakan. Saiz tempat duduk ialah 32” (economy class) dan 45” (business class). Timbangan bagasi percuma sehingga 30KG juga ditawarkan. Perkhidmatan WIFI juga bakal disediakan bermula bulan Jun 2013. Lepas ini bolehlah penumpang membuka laman web kesukaan walaupun berada di UDARA! Kombinasi tawaran2 tambang murah ini menjadikan Malindo Air dikenali sebagai hybrid airline.

TV seorang satu. Astro je tak disediakan. Wakakaka


 BERSAING DENGAN AIR ASIA

Kemasukan Air Asia dari Malaysia ke Indonesia menyemarakkan syarikat penerbangan Indonesia untuk berbuat perkara serupa – memasuki Malaysia pula. Anak syarikat Air Asia, Indonesia Air Asia dalam kerjasama dengan syarikat induknya itu telah membeli Syarikat Penerbangan Indonesia, Batavia Air dan berjaya bertapak dengan jayanya di Indonesia. Ini membawa kepada saingan sengit antara Lion Air (Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbesar Indonesia) dengan Air Asia (Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbesar Asia).

Adakah bakal menyaksikan Air Asia's chick bertukar career?

KESIMPULAN KEPADA PENGGUNA

Dari apa yang ditawarkan itu memang sangat murah. Service itu tidak tahulah macam manakan. Air Asia contohnya – memang murah tapi makanan dan minuman dalam flight sangatlah mahal, malahan yang paling tak suka tempat duduk dia kecil. Lenguh kaki. Kalau nak pergi toilet perlu “jangkau” semua orang di barisan tempat duduk. Malindo Air ini akan serupakah? Atau lebih baik? Apa-apa pun, semoga persaingan yang sihat ini akan menguntungkan pengguna juga. Yahuu!!
Alaa... lambat tahu! Kalau tak boleh dapat tiket free!
 

Jumat, 15 Maret 2013

16 MAC: Dalang Sebenar Keganasan di Lahad Datu

Post ini berkemungkinan akan menimbulkan kontroversi. Tetapi aku percaya sebagai rakyat yang berdaulat, kita ada hak menyuarakan pendapat kita sendiri. Perkara yang aku nak ketengahkan ialah SIAPA dalang sebenar keganasan di Lahad Datu? Siapa pula yang membekalkan senjata dan bantuan keewangan kepada pengganas2 itu? Siapa? Jawapannya ialah..OK. Aku kadang2 geram tau dengan surat khabar dan media kat negara kita ini.. Semuanya mengampu kerajaan. Biasalah, kalau aku pemilik TV atau surat khabar mungkin aku buat benda sama. TETAPI kadang2 terlalu "over" tau. Petikan dari akbar:

Terima kasih kerana sanggup mempertaruhkan nyawa untuk tanah air!

Langkawi: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempersoalkan kemampuan Jamalul Kiram membiayai pasukan pengganasnya, sedangkan dia sendiri perlu menjalani rawatan dialisis dan terpaksa bergantung kepada bantuan kewangan dari kerajaan Filipina untuk kelangsungan hidup. “Dia (Jamalul Kiram) tidak berkemampuan. Bagaimana senjata baru boleh dibeli dan pembiayaan dibuat terhadap penceroboh. “Kita khuatir ada dalang yang menjadi pihak ketiga sama ada dari Malaysia atau Filipina mendukung pencerobohan itu dan jika bukti ini diperoleh, kita tidak akan berkompromi,” katanya pada Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2013 (LIMA 13), di sini, kelmarin.

Suatu ketika dahulu, keadaan harmoni di pasar Lahad Datu

Selogik akal rakyat Malaysia, tak lain tak bukan pasti kita tunding jari kepada Anwar Ibrahim dan kawan2 dia. Betulkah beliau bersalah? OK, kita tengok dari sudut berbeza, kejayaan Najib menumpaskan pengganas dan mengawal kegiatan mereka seolah2 nampak seperti HERO di mata rakyat Sabah khususnya. Bayangkan kalau anda memiliki keluarga di Lahad Datu, pertolongan Najib akan anda rasa sangat terbaik. Kononya pemimpin yang berdedikasi dan menyanyangi rakyatnya. Yalah..kat sapa lagi depa nak mintak tolongkan?

Tapi andai kata2 Ahmad Zahid seperti dalam petikan di atas, adakah negara akan menghukum SEADILNYA jika dalang yang terbabit ialah Najib sendiri?? Kononnya mahu nampak macam "penyelamat: beliau sanggup berbuat demikian. Dan kempen2 politiknya semuanya semata2 untuk menjatuhkan Anwar. Tak ingatkah anda mengenai BERSIH yang beberapa kali buat pun sama je. Malahan tak pernah dalam sejarah Malaysia, pilihan raya di "drag" sampai tarikh pembubaran Parlimen bulan April 2013 ini. Sedangkan cuti sekolah bermula 25 Mac 2013, tapi tarikh pilihan raya masih belum di umumkan. Apa yang Najib takut sangat kalau dia betul?? Sehinggalah perkara seperti ini berlaku, dipetik dalam akbar:

Bandar Lahad Datu yang aman sentosa, KFC pun ada

KUALA LUMPUR: 30 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berdemonstrasi secara aman menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat dakwaan pembabitan pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam krisis di Lahad Datu, di Masjid Negara, semalam. Dalam demonstrasi yang bermula selepas solat Jumaat itu, lebih 200 orang membanjiri perkarangan Masjid Negara bagi menyatakan sokongan terhadap isu yang diketengahkan NGO yang diwakili Jalur Tiga (JATI), Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) dan juga Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa). Antara pemimpin yang hadir adalah Datuk Dr Hasan Ali, Datuk Ibrahim Ali serta Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Kedah, Datuk Zulkifli Noordin yang masing-masing menggesa kerajaan agar segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja serta kertas putih bagi menyiasat dakwaan media luar yang mengaitkan Anwar Ibrahim sebagai dalang krisis di Lahad Datu.

Adakah ini penduduk Lahad Datu mahukan? Sedihnya..

Bukan niat untuk memburukkan PM kita, beliau memang sangat berjasa kepada rakyat. MOTTO 1 MALAYSIA digarap oleh beliau memang memupuk perpaduan. Amatlah bagus prinsip ini. Tetapi "Politic is Dirty". Tiada sesiapa terlepas dari ini. Hanya yang berpaksikan agama Allah 101% sahaja yang betul. Dan tak pula aku menyokong Anwar Ibrahim. Rata2 rakyat Malaysia pasti mahukan pemimpin yang adil dan berwibawa serta mampu mengangkat nama Malaysia di persada antarabangsa (seperti Tun Mahathir contohnya). Persoalannya siapa yang terbaik menjadi PM Malaysia seterusnya? Aku tak nak Najib kalau dia didapati bersalah (kalau tak bersalah OK) tapi tak pula aku nak Anwar. 

Jadi berbalik kepada topi utama - siapa DALANG serangan di Lahad Datu? Kalau betul orang Islam, janganlah kita berbuat jahat semata2 untuk kepentingan politik. Di dunia mungkin kita famous tapi di akhirat, setiap satu kejahatan akan dibalas dengan siksaan yang maha dasyat. Masya-Allah! Semoga anda semua boleh berfikir mengenai masa depan negara kita. Pilihan di tangan anda. Tapi dimaklumkan SEKERASNYA disini, aku tidak memihak sesiapa dan jangan jadikan post ini satu kontroversi. Sekian.

Rabu, 06 Maret 2013

HEBAT: 5 Jutawan Termuda Malaysia (2013)

Penemuan hebat yang akan anda baca ini adalah kesimpulan daripada Senarai 40 orang terkaya Malaysia (2013). 5 orang JUTAWAN ini masih muda-muda lagi. Ada yang mewarisi harta keluarga dan ada juga yang bermula dari bawah. Yang lebih cemerlang 4 daripada 5 orang ini adalah orang MELAYU. Tentulah aku bangga sebab akukan orang Melayu. Cuba fahamkan ciri-ciri jutawan daripada cerita dibawah ini.

(5) RAJA ELEENA AZLAN SHAH


Kekayaan Terkumpul: RM 819,000,000     Umur: 53 tahun

Yang Amat Mulia Raja Eleena Binti Sultan Azlan Shah ialah anak kepada Sultan Perak sekarang. Beliau memiliki Ijazah Perundangan dari University of London. Pada permulaan, beliau menjadi peguam di London dan apabila tiba di tanah air, beliau menyertai Messrs Skrine & Co. Akhirnya pada 1987, beliau menubuhkan Messrs Raja Eleena, Siew Ang & Asssociates. Seterusnya, Raja Eleena menjadi lembaga pengarah Gamuda di mana syarikatnya (Generasi Setia) merupakan pemegang saham tertinggi dalam Gamuda. Antara yang lain, beliau juga lembaga pengarah KAF-Seagroatt & Campbell Holdings Berhad dan Danau Permai Resort Berhad.

(4) DATUK KAMARUDIN MERANUN


Kekayaan Terkumpul: RM 2,352,000,000     Umur: 51 tahun

Datuk Kamarudin adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia dan Tune Group (orang kanan Tony Fernandes). Sebelum menyertai Tony, beliau bekerja di Arab-Malaysia Merchant Bank sebagai Portfolio Manager dan kemudian sebagai Pengarah Exekutif Innosabah Capital Management Sdn Bhd. Beliau memiliki Diploma Actuarial Science dari UiTM, B.Sc. Degree with Distinction (Magna Cum Laude) majoring dalam Kewangan dan MBA dari Central Michigan University.

(3) TAN SRI TONY FERNANDES


Kekayaan Terkumpul: RM 2,583,000,000     Umur: 48 tahun

Tan Sri Anthony Francis Fernandes ialah pengasas TUNE AIR SDN BHD. Beliau telah berjaya mengubah syarikat penerbangan yang “hidup segan mati tak mahu” kepada sebuah syarikat yang sangat cemerlang dengan memperkenalkan penerbangan tambang murah (Air Asia). Kejayaan ini disusuli dengan pertolongan Tun Dr. Mahathir (PM ketika itu) untuk mencapai persetujuan Penerbangan Terbuka di Negara2 Asia Tenggara. Persetujuan itu membenarkan syarikat penerbangan tambang murah mendarat di negara2 terbabit.

(2) MOKHZANI MAHATHIR


Kekayaan Terkumpul: RM 2,881,000,000     Umur: 52 tahun

Beliau mengaut keuntungan sebanyak 43% kekeyaan apabila Kencana Petroleum miliknya bergabung dengan Sapura Crest milik Shahril dan Shahriman Shamsudin. Dalam Sapura Kencana, beliau dilantik sebagai Timbalan Pegawai Exekutif Pengerusi dan Sapura Kencana merupakan syarikat servis Oil & Gas terbesar di Malaysia. Selain itu beliau memiliki Bugatti Veyron yang berharga sekitar RM10 juta. Kereta ini merupakan kereta terpantas didunia. Beliau juga mengikut jejak langkah ayahnya Tun Mahathir untuk keluar UMNO pada tahun 2008. Sepang International Circuit juga adalah miliknya.

(1) SHAHRIL & SHAHRIMAN SHAMSUDDIN


Kekayaan Terkumpul: RM 3,549,000,000     Umur: 52 tahun

Ayah mereka, Shamsuddin Kadir telah mengasaskan Sapura Group dengan menamakannya sempena Allahyarham isterinya, Sapura. Shahril & Shahriman mewarisi harta kekayaan ayahnya ini dan menubuhkan Sapura Kencana selepas bergabung dengan Kencana milik Mokhzani Mahathir. Si abang merupakan CEO dan President manakala si adik menjadi ahli lembaga pengarah.

KESIMPULAN:
Kebanyakan yang tersenarai disini ada kaitan dengan Tun Mahathir. Sebab itulah bagi aku, mungkin ada korupsi ketika Mahathir memerintah, tapi tanpa dia Malaysia tidak mungkin dikenali di mata dunia seperti sekarang. Bahkan tanpanya juga Malaysia tidak mungkin KAYA seperti zaman sekarang. Walau apa pun, tidakkah anda mahu tersenarai seperti diatas? Bayangkan seperti Mokhzani, kereta Bugatti tu harga dia macam RM1,000 je. Kalau kita? Kumpul sampai tua pun tak lepas!

Credits: