Tampilkan postingan dengan label Disaster and Prevention. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Disaster and Prevention. Tampilkan semua postingan

Selasa, 21 Januari 2014

PENTING BACA: Keamanan Malaysia Selepas 2014?

Assalamualaikum. Kali ini saya mahu luahkan isi hati yang terpendam sedikit mengenai negara "kesayangan" kita - MALAYSIA. Topiknya ialah mengenai sejauh manakan negara kita ini boleh mengekalkan ATAU memperbaiki situasi sekarang kepada negara yang lebih aman. Kepada yang sudi baca sampai habis dan tinggalkan sebarang komen, saya ucapkan terima kasih banyak-banyak.


Malaysia merupakan negara ke-43 TERAMAI penduduk dan ke-66 TERLUAS di dunia dengan tanah seluas hampir 330,000 KM persegi yang diduduki 28 juta orang. 50.09% rakyatnya ialah Melayu, 22.56% Cina, 6.73% India, 11.76% Kaum Asli dan baki 8.86% lain-lain. Dari segi AGAMA pula, 61.30% ialah Islam, 19.80% ialah Budha, 9.20% ialah Kristian, 6.30% Hindu dan lain-lain. Jika difikirkan, bertuahnya kita dapat hidup didalam sebuah negara walau berbilang bangsa dan agama. Perkara ini BENAR suatu ketika dahulu tetapi makin lama makin susah diterima. Kita saling bercakaran. Melayu salahkan Cina, Cina salahkan India, Kristian salahkan Islam, Islam salahkan Hindu dan pelbagai lagi seperti yang anda sendiri sedia maklum berlaku sekarang.

Persoalan yang terbenak difikiran saya ialah SALAH siapa SEMUA ini? Patut ke kita menunding jari kepada kerajaan sahaja? Patut ke kita salahkan penjajah kerana membawa masuk orang Cina dan India ke tanah Melayu? Walhal pedagang Cina dan India sudah datang lebih awal ke Melaka. Dan jika Kesultanan Melayu sangat hebat dari segi pentadbiran dan displin para pembesar, tak mungkin  mereka tewas kepada Portugis. Jadi KESIMPULANNYA orang Melayu ke yang salah? 

Saya yakin, jika anda ialah orang Melayu pasti anda tidak akan percaya. Pasti anda akan menuduh penjajah atau orang Cina dan India yang kononnya tidak tahu "bersyukur". Sudahlah moyang mereka bukan asal dari Tanah Melayu, mahu berlagak pula. Nah. Itualah sifat orang Melayu. Cenderung menyalahkan orang lain tetapi tidak pernah membaiki kesilapan diri sendiri. Tetapi anda HARUSLAH memahami bahawa orang Melayu sebenarnya antara bangsa yang ulung di dunia. Antara contoh yang paling mudah ialah, kita mencapai KEMERDEKAAN tanpa pertumpahan darah. Semestinya orang Cina dan India juga terlibat sama dalam misi mencapai kebebasan itu, tetapi orang Melayulah yang mengetuainya. Perlulah kita berbangga dan bersyukur disini.


Berbalik kepada persoalan awal, SALAH siapa Malaysia menjadi negara seperti sekarang? Jawapnya sudah tentulah kerajaan dan rakyatnya sendiri. Untuk kerajaan, saya yang tidak arif ini, merasakan pastilah susah mengarisi sistem PENDIDIKAN dengan menitik beratkan sentimen perkauman. Jika semuanya Melayu dan Islam, pastilah mudah sekali membentuk pelajaran yang sama rata. Tetapi rakyat Malaysia berbilang. Pasti sukar. Maka tahniah kepada kerajaan kerana telah bertungkus lumus sehingga sekarang. Cuma mungkin masih belum yang TERBAIK kerana jika betul-betul bagus, sudah tentu tiada masalah seperti pelajar tidak hormat kepada guru, atau guru bersikap melampau atau guru bergaduh dengan guru dan perlbagai lagi perilaku DISPLIN yang salah. Bagi rakyatnya pula, walau kaum apa pun anda, jika anda menghormati setiap orang disekeliling anda baik kaum anda sendiri atau kaum lain, pastilah aman Malaysia ini. Yang susah kita tolong, dan bila senang, kita kongsi bersama. Yang tua kita hormati, yang muda kita pupuk semangat persaudaraan. 

Akhir sekali ialah bab TEKNOLOGI. Mungkin benar kata Albert Einstein, suatu hari nanti, manusia akan menjadi tidak berguna kerana teknologi telah mengatasi mereka. Di zaman sekarang ini sudah kita lihat teknologi telah merapatkan kita dengan dunia luar umumnya negara barat. Dan disebabkan kita terlalu mengagungkan budaya mereka, kita sering mencontohi mereka. Kononnya jika kita masih dengan cara ketimuran, pastilah kita akan ketinggalan. Maka lahirlah pergaulan bebas yang akhirnya memusnahkan sosialism di dalam masyarakat. Seperti saya ungkapkan, mesej ini ditujukan kepada semua KAUM dan AGAMA di Malaysia. Jika benar kita sayang kepada anak kita yang bakal meneraju generasi yang akan datang, maka kita sendiri harus bertindak sekarang. 

Panjang.. tetapi itulah yang saya mahu beritahu selama ini. Saya hanya mahukan KEAMANAN di Malaysia. Di sinilah saya lahir, membesar, belajar dan bekerja. Saya mahu menjadikan sekeliling saya semuanya berada didalam keadaan teratur dan berdisplin. Masih dengan budaya menghormati, saling tolong menolong, setiakawan dan bertolak ansur. Adakah anda tak mahukan perkara serupa?

Kamis, 28 November 2013

ANGOLA: Negara Pertama Mengharamkan Islam?

Rasa seperti tersalah bacakan? Tak percaya pun ada. Tapi ini memang telah berlaku di Angola, sebuah negara di Afrika. Yang sebenarnya, agenda kerajaan mereka ini telah bermula dengan lebih dasyat sejak 2 tahun yang lepas. Sehingga kini, dianggarkan terdapat 100 buah masjid di Angola dimana hampir 10 daripadanya telah DIROBOHKAN manakala selebihnya DITUTUP. Tetapi menurut berita oleh pihak Al-Jazeera, masih ada 2 buah masjid beroperasi seperti biasa. Maka lama kelamaan tiadalah kedengaran AZAN di negara Angola ini lagi.



Apakah PENYEBABNYA? Pertama, hujah pemimpin mereka, terdapat beberapa masjid telah dibina tanpa permit yang sah, dimana dokumen urusan pembinaanya diragui kesahihannya. Kedua, kerajaan telah menetapkan syarat, jika Islam mahu diiktiraf, mereka perlu sekurang-kurangnya 100,000 orang penganut berdaftar. Tetapi jumlah mereka sekarang hanya dalam lingkungan 80,000 - 90,000 orang sahaja. Sikit JE kurang! Ketiga, pimpinan kerajaan diketuai Presiden mereka, Jose Edurado Dos Santos agak tidak menyenangi ajaran Islam kerana terpengaruh dengan perkembangan dunia yang selalu melihat Islam itu agama PENGGANAS.


Tetapi meskipun media Islam antarabangsa dan khususnya rakyatnya sendiri membantah pengharaman ini, Dos Santos berkata bahawa Angola tidak pernah mewartakan undang-undang sedemikian. Mereka hanya memberi "tempoh" kepada Islam untuk membuktikan ajaran itu bukan ajaran sesat. Sebab itulah masjid-masjid ditutup dan pemakaian tudung bagi wanita juga dilarang. Dan untuk pengetahuan, Angola telah mencatatkan banyak rekod bahawa negara itu telah mengharamkan agama-agama lain selain Kristian.


Apa nak jadi ni? Wahai pembaca, marilah kita bersatu hati. Janganlah perkara seperti ini berlaku lagi. Tidak kira di negara Afrika lain, Eropah, Amerika mahupun tanah air tercinta. Haruslah kita beriman dengan ajaran yang murni ini dan percaya yang Islam akan bangkit kembali suatu hari nanti. Dimana ketika itu sudah pun akhir zaman. Masya-Allah!

Selasa, 26 November 2013

TUNJUK PERASAAN: Terbaru Di Malaysia?


Mereka telah “merampas” pejabat-pejabat penting kerajaan. Mungkin tidak memasuki bangunan tetapi mereka mengawal laluan keluar masuk ke pejabat itu. Dan pekerja-pekerja di jabatan itu semuanya dikerahkan pulang kerumah. Mujurlah tiada pertumpahan darah. Dan mereka yang terbabit ini sangat ramai, mungkin 10 kali ganda lebih ramai daripada perhimpunan BERSIH. Dimanakah dan apakah tujuan mereka? Jawapannya ialah rusuhan di Negara jiran kita – Thailand.


Mungkin anda telah tahu bahawa Perdana Menteri Thailand sekarang ialah seorang perempuan bernama Yingluck Shinawatra. Disebabkan ketidaksaksamaan perlaksanaan undang-undang dan penyelewengan kuasa, rakyat Thailand bangkit dan mahukan kerajaan yang adil dan saksama serta mahir mentadbir Negara. Setelah menahan sekian lama, akhirnya mereka memutuskan melakukan tunjuk perasaan besar besaran. Mereka bersatu hati kerana tahu jika kerajaan sekarang terus berkuasa, generasi muda akan terus menderita dengan nasib yang tak terbela.



Wahai para pembaca, adakah salah jika kita membetulkan sesuatu yang salah? Dan membiasakan yang betul? Di Negara kita, kalian serba tahulah apa yang terjadi. Pelbagai korupsi telah didedahkan tetapi tiada yang mengaku mahalah semakin rakus melakukan agenda tersembunyi yang hanya menguntungkan sesetengah pihak sahaja dan bukannya RAKYAT. Saya menyeru bahawa jika benar sesuatu itu salah, maka tolonglah perbetulkan. Tiada niat untuk berpihak kepada sesiapa. Kita semua manusia yang sering alpa dengan kemewahan dunia. Yang kaya makin kaya, yang miskin makin miskin. Biarlah kita miskin harta asal tidak miskin jiwa.


Sedarlah. Hidup didunia hanya persinggahan. Tiada guna merasa bangga kepada kemewahan yang dimiliki baik dari segi kerja, pangkat, kereta, rumah atau keluarga yang kaya raya. Tanamkanlah dalam hati, kita mesti selalu fikirkan balasan di akhirat kelak. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari tuhan dan yang buruk itu datang dari kelemahan kita sendiri. Mengucaplah!

Sumber: BBC News

Kamis, 09 Mei 2013

PANAS: Antara Isu Selepas PRU-13


Kali ini aku mahu bersuara. Mungkin entry ini agak kontroversi dan menyentuh sensitivity sesetengah pihak, tapi aku percaya sebagai rakyat yang mahukan keamanan dan kestabilan, aku harus bersuara. Hingga ke hari ini, isu-isu keputusan pilihan raya masih lagi di pertikaikan oleh banyak pihak. Antaranya yang jadi perhatian ialah:

PAKATAN RAKYAT 5.6 JUTA UNDI, BARISAN NASIONAL HANYA 5.2 JUTA

Meskipun inilah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13, tetapi BN tetap diberi mandat untuk mentadbir Malaysia. Jikalah PRU dilaksanakan tanpa mengira jumlah kerusi Parlimen tetapi jumlah undian diambil kira, pastilah PR yang menang. Jadi senang cerita daripada keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 ini, BN perlu bekerja keras untuk menawan hati rakyat kembali. 


NAJIB, DR MAHATHIR DAN UTUSAN MENYALAH DAP KERANA PERKAUMAN

Kita buka kitab sejarah, apa yang berlaku pada 13 Mei 1969? Rusuhan kaum kemuncak kepada masalah perpaduan! Tragedi ini mengakibatkan kehilangan NYAWA serta HARTA BENDA dan mempunyai kaitan yang rapat dengan PRU 1969. Ia merupakan satu titik hitam dalam sejarah Negara Malaysia. Najib, sebagai ketua Negara, haruskah beliau menyokong kenyataan “APA LAGI CINA MAHU?”. Adakah kita mahu sejarah hitam 13 Mei berulang? Sepatutnya beliau patut mengawal isu-isu perkauman ini untuk membentuk perpaduan yang sejati. Apa yang akan jadi kepada generasi muda apabila terdedah kepada masalah ini? Sesungguhnya merekalah yang akan menentukan hala tuju Negara.


PENDUDUK LUAR BANDAR LEBIH PERCAYAKAN BARISAN NASIONAL

Memang tak dinafikan sumbangan BN untuk membantu masyarakat luar Bandar sangat efektif. Penduduk kampung misalnya pastilah harapkan BR1M dan seangkatan diteruskan. Lebih-lebih lagi berdasarkan rekod, hanya BN mempunyai pengalaman memerintah Negara. Jadi corak pemerintahan dan keberkesanan mereka sudah pastilah dipercayai. Untuk menambahkan keyakinan, media masa yang pro-BN, telah lama MEMPERBESARKAN “kekurangan” pembangkang seperti isu skandal Anwar Ibrahim dan Lahad Datu. Jadi bagaimana penduduk luar Bandar mahu memberi peluang kepada PR memerintah? Binasakah Negara nanti?


KEWIBAWAAN LIM KIT SIANG

Ini aku juga terkesima. Dr M terang-terang mengutuk LKS. Tetapi kalau anda baca di internet laman web yang “neutral” atau tidak memihak kepada sesiapa, Yahoo Malaysia misalnya, LKS seolah-olah “kesian” kepada pesaing beliau di Gelang Patah, Datuk Abdul Ghani Othman kerana bertanding dengan bukan lawannya. BN seperti mahu memberi kejutan kepada kerjaya politik Abdul Ghani yang telah memberikan sumbangan kepada Johor dan Malaysia. Malahan LKS sendiri mengecam isu-isu perkauman. Beliau mahukan keamanan Malaysia!

KENAPA WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR BUKAN PR PEGANG

Kalau ditengok keputusan PRU-13, BN menang sikit je kerusi Parlimen di KL! Tetapi kenapa KL bukan PR yang pegang ya? Maaf kerana aku bukan bijak pandai dalam bab ini, Cuma mahu bertanya kepada pembaca apa sebabnya? Kuala Lumpur memang tiada kerusi DUN, hanya PARLIMEN. Tolong kalian memperjelaskan?

  
KESIMPULAN DARI LUAHAN INI

Apa yang aku mahu hanyalah keamanan. Walaupu mungkin jiran aku atau di tempat kerja, di shopping mall, di Jalan raya atau di mana sahaja aku berada, aku tidak mahu mereka yang berlainan kaum dan agama daripada aku, tidak menghormati dan memandang rendah kepada aku. Sebaliknya aku nak mereka lakukan sebaliknya. Senang cerita, aku mahukan hak sama rata, sifat saling menghormati, saling bekerjasama, tolong menolong dan bertoleransi. Yang penting semua orang disekeliling aku dan juga aku sendiri sentiasa hidup aman harmoni. Tidak MAHUKAN anda seperti ini juga?

Rasuah dan politik kotor sama sekali perlu dikecam. Dan aku hanya hamba Allah yang biasa, masih muda, mudah terpengaruh dan juga tidak pernah puas dengan apa yang aku miliki. Tetapi aku tidak mahukan para pembaca menilai post ini kontroversi dan seangkatan. Aku bersuara sebab mahu meluahkan apa yang terpendam di minda dan berdiskusi dengan anda semua. Sekian.

Senin, 25 Maret 2013

TERBAIK: Tawaran Kerja Bergaji RM20,000 Sebulan


Laporan ekslusif ini dibawa oleh CNN Money – mungkin anda tertanya-tanya apakah pekerjaan yang memastikan anda mendapat gaji paling rendah sebulan pun dalam RM7,000 tanpa sebarang pengalaman atau kemahiran khusus? Tapi pekerjaan ini sebenarnya sangat berbahaya dan terdedah kepada risiko kecederaan yang serius, ditambah lagi dengan kehidupan yang seolah-olah seperti “padang jarak padang terkukur” – bosan habis! Jawapannya ialah pekerjaan di PELANTAR MINYAK (offshore @ oil rig).

Gambar Hiasan. Kesian kat penyu ini!

Kalau mengikutkan laporan CNN pada tahun 2011, purata gaji yang mungkin boleh didapat jika anda bekerja di pelantar minyak ialah RM20,000 sebulan. Bagi yang memiliki pengalaman dan sangat berpengetahuan tinggi, gajinya sebulan boleh mencecah RM50,000! Tapi jangan bimbang, experience dalam 1 tahun pun dah membolehkan anda memperolehi RM14,000 sebulan. Dan lastly, untuk general worker macam tukang susun barang ke ape ke gajinya sebulan RM7,000. Beb! Otai betul gaji diorang ni! Tapi focus utama post kali ini ialah untuk MENYEDARKAN anda semua, gaji mereka ini bukan dibayar saja je sebaliknya ada sebab tertentu. BAHAYA – perkataan yang memang dah jadi lumrah bagi diorang. Kalau tak percaya tengoklah malapetaka yang menimpa pelantar-pelantar minyak seperti dibawah.


Kalau bukan sebab terbakar, meletup, karam, bencana alam, memang selamatlah selalu pelantar minyak ini. Jadi anda rasa anda sanggup? Memang setakat ini Alhamdulillah kat Malaysia tidak ada lagi kejadian besar seperti ini. Tapi MALANG tidak berbau, Allah maha menentukan segalanya. Kalau terjadi, terjadilah jua. JADI, fikirkanlah kembali angan-angan anda mahu bekerja di pelantar minyak. Kalau nak juga boleh, tapi janganlah dilupai tuhan ya, selalulah mintak perlindunganNYA.

P/s: Aku tidak pernah bekerja di pelantar. Kalau sesiapa yang tahu, tolong betulkan ya. Terima kasih!