Tampilkan postingan dengan label Islamic. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Islamic. Tampilkan semua postingan

Selasa, 21 Januari 2014

PENTING BACA: Keamanan Malaysia Selepas 2014?

Assalamualaikum. Kali ini saya mahu luahkan isi hati yang terpendam sedikit mengenai negara "kesayangan" kita - MALAYSIA. Topiknya ialah mengenai sejauh manakan negara kita ini boleh mengekalkan ATAU memperbaiki situasi sekarang kepada negara yang lebih aman. Kepada yang sudi baca sampai habis dan tinggalkan sebarang komen, saya ucapkan terima kasih banyak-banyak.


Malaysia merupakan negara ke-43 TERAMAI penduduk dan ke-66 TERLUAS di dunia dengan tanah seluas hampir 330,000 KM persegi yang diduduki 28 juta orang. 50.09% rakyatnya ialah Melayu, 22.56% Cina, 6.73% India, 11.76% Kaum Asli dan baki 8.86% lain-lain. Dari segi AGAMA pula, 61.30% ialah Islam, 19.80% ialah Budha, 9.20% ialah Kristian, 6.30% Hindu dan lain-lain. Jika difikirkan, bertuahnya kita dapat hidup didalam sebuah negara walau berbilang bangsa dan agama. Perkara ini BENAR suatu ketika dahulu tetapi makin lama makin susah diterima. Kita saling bercakaran. Melayu salahkan Cina, Cina salahkan India, Kristian salahkan Islam, Islam salahkan Hindu dan pelbagai lagi seperti yang anda sendiri sedia maklum berlaku sekarang.

Persoalan yang terbenak difikiran saya ialah SALAH siapa SEMUA ini? Patut ke kita menunding jari kepada kerajaan sahaja? Patut ke kita salahkan penjajah kerana membawa masuk orang Cina dan India ke tanah Melayu? Walhal pedagang Cina dan India sudah datang lebih awal ke Melaka. Dan jika Kesultanan Melayu sangat hebat dari segi pentadbiran dan displin para pembesar, tak mungkin  mereka tewas kepada Portugis. Jadi KESIMPULANNYA orang Melayu ke yang salah? 

Saya yakin, jika anda ialah orang Melayu pasti anda tidak akan percaya. Pasti anda akan menuduh penjajah atau orang Cina dan India yang kononnya tidak tahu "bersyukur". Sudahlah moyang mereka bukan asal dari Tanah Melayu, mahu berlagak pula. Nah. Itualah sifat orang Melayu. Cenderung menyalahkan orang lain tetapi tidak pernah membaiki kesilapan diri sendiri. Tetapi anda HARUSLAH memahami bahawa orang Melayu sebenarnya antara bangsa yang ulung di dunia. Antara contoh yang paling mudah ialah, kita mencapai KEMERDEKAAN tanpa pertumpahan darah. Semestinya orang Cina dan India juga terlibat sama dalam misi mencapai kebebasan itu, tetapi orang Melayulah yang mengetuainya. Perlulah kita berbangga dan bersyukur disini.


Berbalik kepada persoalan awal, SALAH siapa Malaysia menjadi negara seperti sekarang? Jawapnya sudah tentulah kerajaan dan rakyatnya sendiri. Untuk kerajaan, saya yang tidak arif ini, merasakan pastilah susah mengarisi sistem PENDIDIKAN dengan menitik beratkan sentimen perkauman. Jika semuanya Melayu dan Islam, pastilah mudah sekali membentuk pelajaran yang sama rata. Tetapi rakyat Malaysia berbilang. Pasti sukar. Maka tahniah kepada kerajaan kerana telah bertungkus lumus sehingga sekarang. Cuma mungkin masih belum yang TERBAIK kerana jika betul-betul bagus, sudah tentu tiada masalah seperti pelajar tidak hormat kepada guru, atau guru bersikap melampau atau guru bergaduh dengan guru dan perlbagai lagi perilaku DISPLIN yang salah. Bagi rakyatnya pula, walau kaum apa pun anda, jika anda menghormati setiap orang disekeliling anda baik kaum anda sendiri atau kaum lain, pastilah aman Malaysia ini. Yang susah kita tolong, dan bila senang, kita kongsi bersama. Yang tua kita hormati, yang muda kita pupuk semangat persaudaraan. 

Akhir sekali ialah bab TEKNOLOGI. Mungkin benar kata Albert Einstein, suatu hari nanti, manusia akan menjadi tidak berguna kerana teknologi telah mengatasi mereka. Di zaman sekarang ini sudah kita lihat teknologi telah merapatkan kita dengan dunia luar umumnya negara barat. Dan disebabkan kita terlalu mengagungkan budaya mereka, kita sering mencontohi mereka. Kononnya jika kita masih dengan cara ketimuran, pastilah kita akan ketinggalan. Maka lahirlah pergaulan bebas yang akhirnya memusnahkan sosialism di dalam masyarakat. Seperti saya ungkapkan, mesej ini ditujukan kepada semua KAUM dan AGAMA di Malaysia. Jika benar kita sayang kepada anak kita yang bakal meneraju generasi yang akan datang, maka kita sendiri harus bertindak sekarang. 

Panjang.. tetapi itulah yang saya mahu beritahu selama ini. Saya hanya mahukan KEAMANAN di Malaysia. Di sinilah saya lahir, membesar, belajar dan bekerja. Saya mahu menjadikan sekeliling saya semuanya berada didalam keadaan teratur dan berdisplin. Masih dengan budaya menghormati, saling tolong menolong, setiakawan dan bertolak ansur. Adakah anda tak mahukan perkara serupa?

Sabtu, 21 Desember 2013

SENARAI 10: Masjid Terbesar Didunia (2013)

Meh sini baca sekejap. Sekurang-kurangnya dapat pengetahuan mengenai Islam. Kan bagus itu. Senarai yang dibawah ini menyenaraikan masjid - masjid yang terbesar di dunia sekarang dan semuanya dibina di Negara Islam (tentulah kan..). Masjid Negara dan Masjid Shah Alam maaf, tak tersenarai. Tapi kalau SHOPPING MALL ya. One Utama ialah shopping mall ke 5 terbesar di DUNIA!


10. Baitul Mukarram (Dhaka, Bangladesh) - Kapasiti 30,000 jemaah, dibuka tahun 1960

 


9. Masjid Syeikh Zayed (Abu Dhabi, UAE) - Kapasiti 40,000 jemaah, dibuka tahun 2007

 


8. Masjid Jama (Delhi, India) - Kapasiti 85,000 jemaah, dibuka tahun 1400

 


7. Masjid Badshashi (Lahore, Pakistan) - Kapasiti 100,000 jemaah, dibuka tahun 1600

 


6. Masjid Hassan II (Casablanca, Mesir) - Kapasiti 105,000 jemaah, dibuka tahun 1993

 


5. Masjid Istiqlal (Jakarta, Indonesia) - Kapasiti 120,000 jemaah, dibuka tahun 1978

 


4. Masjid Faisal (Islamabad, Pakistan) - Kapasiti 300,000 jemaah, dibuka tahun 1986

 


3. Masjid Imam Reza (Mashhad, Iran) - Kapasiti 700,000 jemaah, dibuka tahun 818

 


2. Masjid Al-Nabawi (Madinah, Arab Saudi) - Kapasiti 1,000,000 jemaah, dibuka tahun S.M. 622

 


1. Masjid Al-Haram (Mekah, Arab Saudi) - Kapasiti 4,000,000 jemaah, dibuka tahun S.M. 644



Dan semestinya bagi semua umat Islam diseluruh DUNIA, masjid yang berada di tangga PERTAMA dan KEDUA paling ramai mengetahuinya, bahkan menziarahinya. Dua buah masjid ini juga tinggalan Nabi kita, Muhammad S.A.W. Semoga kalian beroleh pahala dan berazam melakukan solat jemaah di masjid. Kerana, biar pun masjid sebesar mana, jika kosong tiada jemaah, tak ade maknanya ISLAM akan dipandang tinggi dimata agama lain. Ayuh berjemaah!

Sumber: Link 1, Link 2

Kamis, 28 November 2013

ANGOLA: Negara Pertama Mengharamkan Islam?

Rasa seperti tersalah bacakan? Tak percaya pun ada. Tapi ini memang telah berlaku di Angola, sebuah negara di Afrika. Yang sebenarnya, agenda kerajaan mereka ini telah bermula dengan lebih dasyat sejak 2 tahun yang lepas. Sehingga kini, dianggarkan terdapat 100 buah masjid di Angola dimana hampir 10 daripadanya telah DIROBOHKAN manakala selebihnya DITUTUP. Tetapi menurut berita oleh pihak Al-Jazeera, masih ada 2 buah masjid beroperasi seperti biasa. Maka lama kelamaan tiadalah kedengaran AZAN di negara Angola ini lagi.



Apakah PENYEBABNYA? Pertama, hujah pemimpin mereka, terdapat beberapa masjid telah dibina tanpa permit yang sah, dimana dokumen urusan pembinaanya diragui kesahihannya. Kedua, kerajaan telah menetapkan syarat, jika Islam mahu diiktiraf, mereka perlu sekurang-kurangnya 100,000 orang penganut berdaftar. Tetapi jumlah mereka sekarang hanya dalam lingkungan 80,000 - 90,000 orang sahaja. Sikit JE kurang! Ketiga, pimpinan kerajaan diketuai Presiden mereka, Jose Edurado Dos Santos agak tidak menyenangi ajaran Islam kerana terpengaruh dengan perkembangan dunia yang selalu melihat Islam itu agama PENGGANAS.


Tetapi meskipun media Islam antarabangsa dan khususnya rakyatnya sendiri membantah pengharaman ini, Dos Santos berkata bahawa Angola tidak pernah mewartakan undang-undang sedemikian. Mereka hanya memberi "tempoh" kepada Islam untuk membuktikan ajaran itu bukan ajaran sesat. Sebab itulah masjid-masjid ditutup dan pemakaian tudung bagi wanita juga dilarang. Dan untuk pengetahuan, Angola telah mencatatkan banyak rekod bahawa negara itu telah mengharamkan agama-agama lain selain Kristian.


Apa nak jadi ni? Wahai pembaca, marilah kita bersatu hati. Janganlah perkara seperti ini berlaku lagi. Tidak kira di negara Afrika lain, Eropah, Amerika mahupun tanah air tercinta. Haruslah kita beriman dengan ajaran yang murni ini dan percaya yang Islam akan bangkit kembali suatu hari nanti. Dimana ketika itu sudah pun akhir zaman. Masya-Allah!

Selasa, 01 Oktober 2013

RENUNGAN: Petua Buka Bisnes Maju Macam Cina

Assalamualaikum.

Sudah lama aku tidak kemaskinikan blog ini. Dulu beriya-iya nak buka pun sebab nak buat pendapatan sampingan dan untuk menjadikannya platform untuk berkongsi pendapat serta ilmu pengetahuan. Tapi disebabkan kerja, rasa teramatlah malas nak kemaskini. Masanya ada tetapi rasa tiada idea mahu diketengahkan. Selain itu faktor persekitaran seperti cuaca yang panas, keputusan pilihan raya baru-baru ini dan juga tugasan kerja di pejabat yang tak menarik juga mempengaruhi sifat malas ini. Oh ya, tak lupa juga DUIT. Memang duit tidak boleh mebeli kasih sayang, tapi anda mampu ke hidup tanpa duit?? Habis nak makan apa hari2? Sewa rumah lagi? Tambang naik bas? Teksi? Motor? Kereta? Tol? Semua perlukan duit. Betulkah kalau duit banyak lagi senang nak hidup? Bagi akukan, aku mahukan pendapatan lumayan yang berterusan. Bukan sekadar cukup-cukup. Kenapa aku mahu duit yang banyak? Kalau anda si pembaca ini yang tak nak duit anda, meh sini bagi aku. HAHA. 

Aku ada fikir sangat panjang. Kita hidup kat dunia ini sebagai persinggahan sahaja bukan selamanya. Harta kekayaan akan ditinggalkan didunia tetapi pahala dan segala amal kebajikan akan kita bawa keakhirat kelak. Jadi jika aku ada duit yang banyak, selain daripada memewahkan diri dengan keseronokan dunia, ada satu perkara yang aku tak akan pernah lupa - sedekah. Sesungguhnya jika aku punya banyak harta, dapatku bina masjid yang indah dan menolong fakir miskin agar hidup mereka lebih senang. Jikapun hanya sekampit beras, mahupun selori gandum, apa sahaja yang aku mampu, pasti aku akan lakukannya. Dalam Islam sendiri pun jika aku banyak harta, pasti aku disegani oleh orang lain dan agama lain. Aku mahu tunjukkan sifat yang baik dan jadikan contoh kepada orang yang mahu mengejar kekayaan juga di dunia ini. Aku tidak mahu Islam dipandang hina, dipandang miskin tiada harta. Hanya Cina atau India yang berada di atas. Bukan persoalanya Melayu. Tetapi Islam. Adat Melayu mesti kita hormati tetapi jangan sesekali melanggar prinsip Islam. Ingatlah 5 Rukun Islam dan 6 Rukun Iman.


Cuma persoalannya, dimana harusku cari kekayaan itu?? Antaranya yang dah aku kenal pasti ialah mencari kerja yang menawarkan gaji lebih tinggi daripada syarikat aku sekarang. Selepas itu barulah buat bisnes. Petua Cina, jika nak buka bisnes, biarlah modal itu ada 3 kali ganda daripada kos bisnes itu. Sebabnya? 1 tentulah untuk kos. 1 lagi untuk gaji pekerja / upah dan seangkatan. 1 lagi untuk "Backup" jikalau terjadi sesuatu. Sebab itulah bisnes Cina boleh maju. Jika kita sekarang ini modal ada sama banyak dengan kos, baik kumpul lebih lagi baru buka bisnes. Nanti katakan jika bisnes lingkup, hutang, upah dan sebagainya nak bayar macam mana? Itu tak termasuk lagi duit makan sendiri. Beringatlah wahai pembaca yang mana aku harapkan rata-ratanya bijaksana belaka. Hidup ini hanya sekali. Janganlah menjadi hamba dunia, hamba kepada orang, kerja makan gaji sahaja. Cubalah buat sesuatu yang bermakna dalam diri. Tambahkan sifat sedekah dan amal jariah. Biarlah kita kejar kebahagiaan bukan sahaja di dunia tetapi di alam kubur pun sama. Laillahaillah muhammadarasulullah. Wassalam.

Jumat, 12 Juli 2013

TIPS: Supaya Tidak Mudah Lapar Dibulan Ramadhan

Dear readers,

Selamat Berpuasa! Di bulan Ramadhan yang mulia ini, tips sahur yang bagus ialah memakan roti. Roti mengandungi serat juga sama seperti buah-buahan. Tetapi roti lebih tahan lama. Cubalah!


Di bulan puasa ini juga amalkan membaca Al-Quran sebanyak mungkin. Contohnya kalau malas sangat nak keluar rumah pergi terawikh, apa salahnya jika bertadarus di rumah? Janganlah teruskan sifat malas itu. Sesungguhnya apabila kita sudah tiada di dunia ini, kita akan rasa menyesal dan ingin kembali kedunia semata-mata untuk membaca Al-Quran dan melakukan ibadah lain. 

SELAMAT BERPUASA!! ALLAHUAKBAR!

Senin, 01 April 2013

PILIHAN RAYA KE-13: Kenapa Ditangguhkan?


Apa yang aku nak, hanyalah sebuah keamanan untuk dikecapi bukan untuk aku sahaja malahan untuk ahli keluarga aku, sahabat, kenalan jauh dan semua orang yang berada disekeliling mereka. Bukannya aku mahukan RUSUHAN atau KEKEJAMAN atau RASUAH. Kepada pihak yang mendahulukan kepentingan peribadi di dalam politik, tolonglah berhenti. Mungkin kau mempunyai pengaruh dan kuasa membentuk orang menjadi acuan kau, tetapi sesungguhnya Allah itu maha kuasa.


Bukankah Allah telah berfirman di dalam Al-Quran: “Kekuasaan milikmu itu adalah pemberianku, berlaku adillah kamu ketika menjadi pemimpin, sesungguhnya kepada Allah jualah kau dibicarakan”. Kepada yang bukan Islam pula, adakah agama kau tidak pernah menegah perlakuan berdosa? Tolonglah dengarkan rayuan rakyat. Jangan utamakan kepentingan diri, sebaliknya jadilah contoh teladan kepada setiap orang yang kau pimpin.

Rintihan kali ini adalah berdasarkan petikan di BERITA HARIAN yang menyatakan parlimen akan dibubarkan seawal besok (3 April 2013) dan juga ceramah Dr. Mahathir mengenai Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Nik Aziz. Bukanlah aku pro-BN or what. Tapi ada betulnya cakap beliau itu. Mereka yang tersenarai ini memang gilakan KUASA kot? BN sendiri misalnya ada juga penuh dengan rasuah. Jadi KESIMPULANNYA boleh dikatakan tidak ada parti politik yang bersih di bumi Malaysia ini.


Politic is dirty. Kepada pembaca yang ingin menceburi bidang politik, fikirkanlah pasal ayat ini. Janganlah terjebak dengan politik. Tapi kalau semua orang tak main politik jadi siapa pula mahu memimpin rakyat? Nak tak nak perlu juga ada ahli politik. Semoga mereka ini menjalankan amanah yang rakyat berikan kepada mereka dan sentiasa beriman kepada Agama masing2. Pesanan aku kepada pembaca sempena PILIHAN RAYA ke-13 yang bakal menjelma nanti:
 
“Undilah parti politik PALING BERSIH yang anda boleh percayai 
dan mampu mengekalkan keamanan sejagat”

Kamis, 21 Maret 2013

TIPS: Cepat Kaya Dengan Satu Amalan Ini

Setiap dari kita selalu mengejar kekayaan harta. Ada yang berangan hendak membeli rumah banglo yang besar dilengkapi kolam renang dan kalau boleh ada PADANG BOLASEPAK sendiri. Bagi yang tiada kereta pula pasti impikan Ferrari, Lamborghini atau low standard sikit Vios kalau low standard lagi VIVA pun jadi. Tapi dalam diam kita tidak menyedari suatu perkara yang memungkinkan kita KAYA harta secara tidak sengaja. Jawapannya ialah SEDEKAH.


Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: 
"Sedekah itu menghapuskan kesalahan seperti air memadamkan api"
Hadis Riwayat At-Tirmidzi.

Maka benar Allah dalam sabda Nabi-NYA yang bermaksud:
"Ubatilah sakit kamu dengan cara bersedekah, peliharalah harta kamu dengan car berzakat 
dan hindarilah bala dengan car berdoa".

Jadi secara rumusnya, amalan bersedekah itu dapat memanjangkan umur dan menjaga kesihatan. Kenapa? Sebab hati akan sentiasa tenang dan merasakan diri harus dijaga dari segi pemakanan dan pakaian untuk sentiasa aktif beribadah kepada Allah. Selain itu sedekah sebenarnya dapat melipat kali gandakan bukan sahaja pahala malah harta kekayaan. Mungkin ada sesetengah daripada kita yang berfikir kalau kita bersedekah, duit habislah. Bukan dapat balik. Masya-Allah. Ingatlah, tuhan maha melihat. Kejujuran kita bersedekah itu pasti di balas-NYA.


INGATAN PENTING UNTUK ORANG YANG INGIN BERSEDEKAH

Bolehkah lepas anda membaca ini, anda bersedekah? Bagi lelaki, apa salahnya letakkan RM1 dalam tabung masjid sembahyang JUMAAT? Malu ke sangat nak berbuat demikian? Atau rasa macam tak ada makna je? Fikirkanlah. Yang untung nanti bukannya sahabat sebelah kita, tapi kita sendiri. Hati perlulah yakin kepada Allah. Tapi bolehkah juga bersedekah dengan iklas? Walau kita tahu balasan BAIK dengan bersedekah, jomlah kita bersedekah dengan iklas (tanpa harapkan balasan) boleh?

Anggaplah sebagai itu satu kewajipan menolong orang. Nanti suatu hari mungkin orang akan tolong kita pula. Macam kes aku misalnya, selepas aku mulakan amalan bersedekah, rezeki aku makin murah (betul tak tipu) dan hanya Allah yang mengetahuinya. Aku iklas sedekah untuk dapat pahala. Balasan baik yang lain biarlah Allah yang memberi. Yang penting hati sentiasa tenang.

Credits: Blogger, Google

Senin, 04 Maret 2013

KERJA KOSONG: Engineer, Gaji RM5000, Pengalaman 2 Tahun

Seperti tajuk, mahukan anda bergaji RM5000 sebulan? Faedah2 lain ditawarkan ialah  pembiayaan pinjaman perumahan sebanyak 50%, bonus tahunan paling kurang 2.5 bulan gaji, cuti bergaji 14 hari 1 tahun, cuti kahwin 1 minggu?? Tempat kerjanya di Shah Alam dan jawatan ditawarkan ialah Engineer. Pengalaman diperlukan 2 tahun je, dan ada Degree cukup. SIAPA TAK NAK KAN!!

Adakah kerja sebagai F1 Engineer yang dimaksudkan?

Di kala orang tengah sibuk dengan isu di Semporna yakni aku pun sibuk juga sebenarnya, tetapi ada sesuatu yang aku perlu selesaikan seberapa pantas yang boleh iaitu mengenai tawaran kerja di ataslah. Dan percaya atau tak, walau ganjaran kerja itu teramat lumayan, tetapi setelah fikir dalam2, aku MENOLAKNYA sebulatnya yang lagi bulat dari bulat!!

Oh yeah. Completely abandon!

Sebenarnya skop kerja yang ditawarkan itu ialah dalam bidang production (pengeluaran), kira macam production engineer lah. Tapi yang di produkkan itu ialah ROKOK! Orang Shah Alam mesti tahu pasal company ini. Kilang ini merupakan kilang pengeluar rokok ke-4 terbesar di dunia! Dan seperti yang anda dapat rasakan, kat pelusuk dunia ini penuh dengan perokok dan mungkin anda juga PEROKOK bukan? Ok kalau bukan mungkin kawan anda. Kalau bukan lagi kawan kpd kawan anda.
 .
Ladang tobacco yang sangat cantik?? Erksss..

Jadi pokok pangkalnya, salah ke kerja di kilang rokok? Jujur aku cakap, aku sangat bersyukur Allah s.w.t. yang maha pemurah lagi maha mendengar mengurniakan aku petunjuk. Yang aku fikirkan:
  1. Sebagai seorang manusia biasa, kalau kita tidak pernah kenali rokok, ada tak kemungkinan kita merokok? Jawapannya sama sekali tidakkan?
  2. Tetapi masalahnya kita kenal rokok sejak kecil lagi. Ayah atau pakcik atau sedara mara ada merokok, jadi mungkinkah kita akan turut serta? Jawapannya ya.
  3. Jadi merokoklah kita. Tanpa disedari kita kehilangan 2 perkara yakni duit untuk membeli rokok yang saban hari makin mahal dan juga kesihatan yang dulunya sempurna.
  4. Akhirnya apa terjadi kepada kita? Nauzubillah. Hanya tuhan yang tahu. Jadi siapa salah disini?? Mungkin kita yang salah sebab boleh memilih untuk tidak merokok.
  5. Tetapi andai kata kita tidak mengenali rokok pada mulanya. Andai rokok tidak wujud. Mana mungkin sama sekali kita akan merokok!
  6. Jadi punca kepada semua ini? Ialah orang yang bertanggungjawab mencipta dan menghasilkan "dadah" yang sangat "menenangkan" ini - kilang rokok.
  7. Dah la merosakkan kesihatan orang, "kebas" duit orang pula tu. Memang untung sakan lah kilang rokok. Tak heran la sesiapa kerja kat situ gaji semua besar2.
Setelah membaca semua ini dapatkah anda memahami apa yang aku rasakan? Dan kenapa aku menolak tawaran kerja disitu? Perlu ditegaskan disini bahawa bukan niat aku untuk menjatuhkan maruah kilang rokok atau mengajak anda semua jangan bekerja disitu. Itu pilihan dan rezeki masing2. Anda menentukannya.

Daun tembakau yang dah kering siap untuk diproses. Ketum ke ni? Gambir?

Bercakap mengenai rezeki, sesungguhnya rezeki itu ada di mana2. Tak semestinya melepaskan peluang ini aku tak akan dapat gaji besar yang lain. Aku percaya pada Allah dan berpegang teguh kepada ajarannya yang suatu hari nanti akan ada rezeki milik aku seperti mana yang telah ditentukanNYA. Cuma masalahnya sekarang aku kena berusaha je. Inya-Allah.
 .
Don't let the invaders came!! Attack formation!

Minggu, 17 Februari 2013

KOLEKSI: Wallpaper Islam Yang Hebat! (18 Gambar)

Sesungguhnya AGAMA ISLAM itu indah. Barang siapa yang mengamalkan ajarannya makan aman damailah hatinya setenang air yang tidak berkocak. Seperti mana yang telah di firmankan oleh Allah swt, yang mengamalkan ajaran Islam dengan tulus iklas dan benar maka ganjaran Firdaus bakal menanti mereka di alam akhirat kelak. InsyAllah. Dibawah ini nak share sikit WALLPAPER mengenai Islam untuk anda "save image as" ke dan sebagainya. Sumber semua gambar dipetik dari Google. Diharap sumbangan ini memberikan pahala kepada anda semua dan juga pemilik asal gambar ini. Alhamdulillah.