Selasa, 24 Desember 2013

CERITA MENARIK: CEO Petronas Malaysia 2013

Mungkin ada yang masih belum kenal dan mungkin dah ramai yang kenal, lebih lebih lagi yang sekarang ni sedang bekerja di Petronas. Secara am, kita sibuk duk kenal JUTAWAN termuda dan terkaya di Malaysia (sini), tak lain tak bukan pemilik SAPURA KENCANA. Tapi kita memang kurang mengenali siapakah CEO Petronas? Dia ini pun jutawan ke? Bab ini memang susah nak jawab sebab Petronas ialah badan kerajaan, Sapura itu swasta. Jadi anda fikirkan sendiri ya.

Datuk Shamsul Azhar Abbas ialah CEO dan Presiden PETRONAS.

Sedikit cerita pasal bagaimana beliau berada di tempatnya sekarang macam ini. Pada tahun 1975, beliau hanya mula memasuki Petronas dengan pangkat executive trainee sahaja. Berkat kesungguhan dan kegigihan, beliau mula naik pangkat perlahan-lahan sehinggalah memegang banyak jawatan penting dalam Petronas. Jawatan terakhir dipegangnya sebelum seperti sekarang ialah CEO Malaysia International Shipping Corporation Berhad (MISC). Oh ya, dalam bab pelajaran, beliau memegang Degree in Political Science from University Malaya, Master of Science Degree in Energy Management from University of Pennsylavania, USA dan Technical Diploma in Petroleum Economics from Institute Francaise du Petrole (IFP), France.


Lepas diperkenankan oleh PM kita, pada tahun 2010, beliau mulalah menjawat jawatan sebagai CEO Petronas pula. Umurnya sekarang ialah 61 tahun. Salah satu projek mega yang beliau sekarang tengah jalankan ialah menukar Ports di Johor dan kawasan seangkatannya menjadi hub Oil & Gas yang disegani. Projek RAPID itu pun temasuklah sekali. 


Tidak ada komentar:

Posting Komentar