Jumat, 13 Desember 2013

BATERI KERETA: Murah di Shah Alam?

OK, ceritanya macam ini. Baru-baru ini selepas servis kereta kat Perodua, Sales Girl tu cakap terminal bateri kereta dah nak patah/tercabut dah, jadi eloklah tukar bateri baru. Tetapi memandangkan harganya RM200+, jadi tak jadilah tukar sebab lari budget pula. Oklah, buat KERAS jiwa la dulu manalah tahu tiba-tiba tak boleh start enjin atau kereta mati tengah jalan. Nak dijadikan cerita, memang betul tak boleh start dah 3 hari lepas. Arghh!!



Nak disedapkan situasi, kereta tak boleh nak hidup betul2 di stesen minyak. Dan Alhamdulillah, syukur, ada tempat servis kereta yang dekat. Jaraknya 25 meter sahaja jalan kaki (Allah nak tolongkan). Pastu apa lagi, dari ambil risiko, baik tukar je terus. Oklah tukarlah guna bateri macam kat bawah tu. Harga untuk yang BASAH (kena isi air) RM200. Yang KERING (tak payah isi air) RM210. Sebab tak beza banyak, ambil jelah yang kering tu. Tak payah pening lagi lepas nie, InsyAllah. Oh ya. tempat servis kereta ni kat Jalan Opera F U2/F di TTDI Jaya, Shah Alam.


PENGAJARAN:
Bateri kereta sebaiknya ditukar lepas 1 - 2 tahun guna. Tapi aku dah guna lebih 3 tahun beb. HAHA. Budget takde la katakan. Yang KEDUA, jangan pernah lupa akan pertolongan Allah, tingkatkanlah amal ibadah. Jika balasan baik itu bukan didunia, pasti diakhirat sana sangat mewah ganjarannya.

p/s: Rasanya harga tu berbaloi tak?

Tidak ada komentar:

Posting Komentar