Mungkin ada diantara kita yang tak pernah terfikir untuk membeli rumah. Biasanya golongan ini terdiri daripada pelajar atau orang yang tak tahu selok belok cara membeli rumah. Atau mungkin tahu tapi tak mampu membelinya (macam aku...sob..sob..).
Ok lah. Malam ini aku telah view sebuah rumah kat apartment Bayu Villa, dekat Bandar Bukit Tinggi Klang. Gambar pada waktu siang seperti di bawah. Kalau berminat nak tahu lebih lanjut buka sini.
Harga rumah RM185,000. Kira oklah tu untuk rumah yang penghuninya (melayu) dah telah duduk disitu selama 6 tahun. Corner lot pula tu (1200 sqft). Harga boleh negotiate katanya. Tapi bagi aku yang baru nak beli rumah ni ada 2 perkara yang perlu aku tahu dan nak kongsi:
1) Beli RUMAH SECOND
Kalau harga rumah RM185,000 jadi downpayment sahaja mesti RM18,500. Tak termasuk lawyer fees, stamping dan macam-macam. Agaknya lebih RM22,000 diperlukan dalam sekali gus untuk beli rumah ini sebelum bayaran bulanan. Kalau macam aku yang masih muda ni (wahh) nak ambil 40 tahun, jadi bulanan mesti RM800 lebih kurang. BANYAK semua ni!
2) Beli RUMAH BARU
Kelebihannya ade diskaun 3% bumiputera. Kalau harga RM500,000. Jadi downpayment dalam RM15,000. Masuk lawyer fee dan stamping mungkin area RM21,000. Lebih jimat dari rumah second malahan baru pula tu. Cuma kalau ambil 40 tahun isntallment pun sakit juga. Sekurang-kurangnya dalam RM2000 lebih sebulan kena bayar. LAGI BANYAK!
Jadi kesimpulannya memang susah nak beli rumah bagi orang yang tak ada simpanan mencukupi. Duit KWSP pun boleh guna lepas bayar guna duit sendiri dulu. Katakan contoh (1) di atas, duit sendiri RM22,000 dulu pastu baru boleh tebus guna KWSP. Mana mau cari duit?
Ni satu fakta yang PANAS tapi tak tahu kebenarannya. Sejak daripada PKR ambil alih Selangor ini, harga rumah melambung tinggi. Kalau dulu RM250,000 dah boleh dapat landed properties. Sekarang kalau ada pun bertuah benarlah anda! Jadi? Aku tak memihak sesiapa, tapi ini cuma khabar angin yang tidak diketahui kesahihannya. OPS!
Tidak ada komentar:
Posting Komentar