Minggu, 27 Januari 2013

KASUT KERTAS: Bagaimana di proses?


Kertas dan Cara Penghasilannya.

Kita menggunakan kertas setiap hari hampir dimana jua kita berada. Tidak kita sama ada di restoran Mc Donalds, bungkusan burger tu, surat khabar yang kita baca, kertas yang digunakan untuk print, fotocopy kad pengenalan, menulis nota di kuliah malahan kasut yang kita pakai pun ada!

Cantikkan kasut kertas!

Terlalu banyak penggunaan kertas di zaman sekarang. Menurut sejarah yang memang famous dah, penemuan kertas bermula oleh kajian yang dijalankan oleh seorang rakyat Negara China bernama Cai Lun. Idea kertas terhasil apabila beliau mencari alternatif kepada penggunaan sutera (untuk menulis) pada zaman itu.

Kertas buatan Cai Lun

Jadi bagaimana kertas diproses? Hari-hari saya tengok stok kertas keluaran Indah Kiat (IK) kat bilik sembahyang office ni. Terfikir-fikir juga bagaimana kertas itu dibuat dan disini saya kongsikan kepada para pembaca:

Proses menghasilkan kertas

1)      Pokok yang ditebang akan dibuang bahagian luarnya (bark) dan di potong kecil-kecil ke dalam mesin memotong (chipping machine).
2)      Kepingan kayu dari pokok itu dimasak menggunakan air biasa dicampurkan bahan kimia yang lain untuk melembutkan struktur kayu.
3)      Kayu ini kemudia dikisar lagi dan ditambah lagi bahan lain sehinggalah menjadi pulpa atau cebisan kayu yang sangat halus dan lembut.
4)      Kemudia pulpa ini dibentukkan mengikut acuan masing-masing dan ditambah bahan kimia lagi untuk mendapatkan cirri-ciri tertentu yang diperlukan.
5)      Terhasilah kertas yang pelbagai bentuk dan warna!

Pemanasan Global dan Bencana Alam.

Awas! Anda rasa cuaca panas tak sekarang? Makin hari rasa macam makin panas bukan? Kalau dalam 15 tahun yang lepas tak ada pula rasa panas seperti hari ini (masih ingatkah anda?). Apakah penyebab kepada semua ini wehhh! Ehem. Ehem. Antaranya ialah disebabkan pembalakan yang berleluasa sama ada untuk tujuan pembinaan atau pemprosesan kertas.

Menurut kajian, dalam masa 40 tahun sahaja, penggunaan kertas telah meningkat kepada 400%!! Kalau ini berterusan, nanti habislah pokok dihutan ditebang. Bukan sahaja panas, malah kejadian lain seperti tanah runtuh dan banjir kilat pun boleh berlaku!

Kesiannya Penguin ni tak ada iceberg dah

Alternatif Penggunaan Kertas.

Jadi untuk elakkan musibah tak diingini ini melanda, penggunaan recycle paper atau kertas kitar semula sangatlah digalakkan. Ada juga penemuan baru iaitu biodegrable atau separa kertas separa plastic (synthetic paper). Dan macam-macam lagi lah yang anda sendiri boleh Google.

Pengajaran dan Kesimpulan.

Pandai-pandai lah guna kertas. Janganlah membazir. Kalau boleh gunalah kitar semula. Kalau nak lagi baik, pergi hantar sendiri kertas yang tak guna dah (surat khabar ke) kat kilang kertas. Semoga dunia di masa akan menjadi lebih baik untuk anak-anak kita dan generasi mendatang. InsyAllah.

P/s: Ada yang mendakwa penemuan kertas dimulakan oleh orang Islam di benua Arab dahulu sebelum Cai Lun menemuinya. Sejauh manakah kebenaran ini?

Sumber:

Tidak ada komentar:

Posting Komentar